Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea
Wednesday, 04 June 2025
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Mendiang Madam Lee Leong Bee dan Mendiang Madam Chua Seah Pea di Jelutong Funeral Hall, Sungai Putat.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan berharap keluarga bersabar di atas kehilangan orang tersayang.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Kali Ke-12
Wednesday, 04 June 2025
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali kali ke-12, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Dalam majlis ini beberapa anugerah telah disampaikan kepada pelajar-pelajar cemerlang antaranya ialah Anugerah Khatam Hafazan, Anugerah Muaz bin Jabal, Anugerah Abdullah bin Mas’ud, Anugerah Anas bin Malik, Anugerah Dekan, Anugerah Tahriri, Anugerah al-Syatibi dan Anugerah al-Qaradawi.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Muiz Hakimi bin Mohd Khairi yang mendapat Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz) iaitu anugerah untuk pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik, hafazan Al-Quran, penglibatan kokurikulum dan sahsiah sepanjang 3 tahun pengajian.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dan semua warga kerja KAQSA bagi menjayakan majlis ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Melaka Titans Juarai CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Division 1 2025
Wednesday, 04 June 2025
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
Tahniah kepada Pasukan Melaka Titans yang telah muncul Juara bagi saingan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Division 1 2025.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa dan Pemain Persatuan Sepak Takraw Melaka.
TYT Tun Seri Setia berharap semoga Pasukan Melaka Titans akan terus maju dan berjaya bagi mengharumkan nama Malaysia dan Negeri Melaka khususnya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Showtech Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2025
Monday, 02 June 2025
2 Jun 2025
5 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Showtech Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2025 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI; YBrs. Dr. Azman bin Ismail, Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola MARDI dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka
Sunday, 01 June 2025
1 Jun 2025
4 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka anjuran Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka.
Turut hadir YB. Datuk VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YBhg. Datin Sapiah binti Haron, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) serta YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Presiden Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka.
Kejohanan Liga Futsal Piala TYT yang berlangsung dari 18 Mei hingga 1 Jun 2025, disertai oleh 76 pasukan futsal lelaki dari pelbagai peringkat termasuk institusi pengajian tinggi, sektor swasta, jabatan kerajaan dan komuniti setempat. Malah, kejohanan ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pasukan dari zon selatan.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan REBELS FT yang muncul juara kejohanan ini. Tahniah juga kepada naib juara pasukan BR’D VAMOS dan ditempat ketiga pasukan TEN PM, ketiga-tiga pasukan berasal dari Kuala Lumpur.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf
Saturday, 31 May 2025
31 Mei 2025
3 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf, Mantan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, juga mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia iaitu Cik Amilia & Pasangannya Encik Dzulfikri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga berkenan mencemar duli hadir ke majlis yang sama.
Turut hadir YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor dan YAB Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam
Friday, 30 May 2025
30 Mei 2025
2 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Setelah selesai solat TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan serta mendengar taklimat Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek.
Antara projek yang dijalankan ialah Projek Pembuatan Kerisik Kampung; Projek pembuatan kaki palsu menggunakan pencetak 3D; Projek pembuatan lilin wangi menggunakan minyak masak terpakai dan Projek Sistem Ternakan Ikan Keli Mudah Alih – Portable Aqua Smart System (PASS).



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Doa Selamat Keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Doa Selamat sempena keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang akan berangkat bagi menunaikan ibadah Haji di Ujong Pasir, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera)
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), World Youth Foundation (WYF) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Melaka sempena Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang berlangsung di Grand Ballroom, Noble Resort Hotel, Melaka.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU kerjasama PERDASAMA dan Universiti Islam Antarabangsa yang telah disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Dusit Princess Hotel, Melaka.
Hadir sama PYT Ms. Lada Pumas, Duta Besar Thailand ke Malaysia dan Mr. Gilles Cretallaz, COO of Dusit International Hotels & Resorts.
Dusit Princess Melaka ialah salah satu rangkaian hotel di bawah Dusit International, iaitu sebuah syarikat hospitaliti multinasional Thailand yang berpusat di Bangkok. Dusit International mempunyai rangkaian 57 buah hotel dan resort serta lebih kurang 240 villa di 18 buah negara.
Dusit Princess Melaka ini telah mula beroperasi 7 Disember 2024 dengan jumlah bilik sebanyak 296 buah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti