ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23) Dan Sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024

Tuesday, 02 January 2024 by tytmelaka
Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23) Dan Sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024
1 Januari 2024
19 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23) Dan Sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 di Masjid Cina Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 & Ambang Tahun Baharu 2024

Tuesday, 02 January 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 & Ambang Tahun Baharu 2024
31 Disember 2023
18 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 & Ambang Tahun Baharu 2024 yang diadakan di Pengakalan Rama, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz; YB. Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri serta diiringi dengan paluan gendang daripada pelbagai kaum.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.
Melaka akan menganjurkan sebanyak 70 acara pelancongan utama, selain pelbagai pengisian sepanjang 365 hari sepanjang tahun. Semua pengisian acara yang disusun pada TMM2024 mengandungi aspek agama, adat warisan, seni, budaya dan cara hidup pelbagai etnik yang terdapat di Negeri Melaka.
Bukan itu sahaja Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Melaka juga bakal menganjurkan acara mega bertaraf antarabangsa, iaitu World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC) 2025 yang dijadualkan pada 27 hingga 29 September 2025 selepas Malaysia terpilih sebagai negara hos bagi penganjuran program tersebut yang bertemakan ‘Tourism and Sustainable Transformation’.
Majlis turut diserikan lagi dengan cabutan bertuah sebuah Proton X70 menanti kira-kira 40,000 pengunjung membanjiri perkarangan Dataran Pengkalan Rama.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bandaraya Melaka Berselawat 2023 / 1445H Sempena Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024

Tuesday, 02 January 2024 by tytmelaka
Majlis Bandaraya Melaka Berselawat 2023 / 1445H Sempena Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024
30 Disember 2023
17 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Bandaraya Melaka Berselawat 2023 / 1445H Sempena Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 yang berlansung di Stadium Hang Jebat.
Majlis yang di pimpin oleh Al-Fadhil Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, Al-Fadhil Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Azhari dihadiri ribuan ummah.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta barisan kepimpinan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Al-Fadhil Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Azhari

Tuesday, 02 January 2024 by tytmelaka
Kunjungan Al-Fadhil Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Azhari
29 Disember 2023
16 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Al-Fadhil Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Azhari di Istana Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid As Salimin, Kampung Kandang, Melaka

Tuesday, 02 January 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid As Salimin, Kampung Kandang, Melaka
29 Disember 2023
16 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As Salimin, Kampung Kandang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2023 (ABN 2023)

Wednesday, 27 December 2023 by tytmelaka
Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2023 (ABN 2023)
22 Disember 2023
9 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2023 (ABN 2023) di Kuala Lumpur.
Hadir sama YB. Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara; Mr. Alexander Zimin, Deputy Head of Mission Embassy of Russia; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan YBhg. (Dr.) Hasan Hamzah, Presiden Yayasan Pembangunan Buku Negara.
Turut berlangsung Majlis Pelancaran Kelab Penulis Sahabat Yayasan Pembangunan Buku Negara yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Sebanyak tiga ketagori anugerah yang dipertandingkan antaranya Kategori Anugerah Perdana, Kategori Anugerah Pengajian Tinggi dan Kategori Anugerah Industri Buku yang melibatkan 51 penerima anugerah yang telah berjaya dalam kategori masing-masing.
Tahniah kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah memenangi Anugerah Buku Teknologi Terbaik bagi Kategori Pengajian Tinggi dengan buku yang berjudul “Meneraju Data Raya: Polisi, Sains Data dan Analitis”.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan

Wednesday, 20 December 2023 by tytmelaka
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
19 Disember 2023
6 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Antara pelunas zakat perniagaan agensi korporat ialah daripada Kumpulan UTeM Holdings; Tenaga Nasional Berhad; Telekom Malaysia Berhad; Fazil Group; Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Melaka ICT Holdings Sdn Bhd; CIMB Islamik Bank Berhad; CelcomDigi Berhad; Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; Affin Islamic Bank Berhad; Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional; Bank Simpanan Nasional; Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad; dan Melaka Bekal Sdn Bhd dengan keseluruhan penyerahan Zakat Perniagaan berjumlah RM6,162,435.44
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka dan YB. Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyempurnakan Acara Pelepasan ‘’Flag Off’’ Melaka International Tourism Endurance 2023 (MITEN2023)

Monday, 18 December 2023 by tytmelaka
Menyempurnakan Acara Pelepasan ‘’Flag Off’’ Melaka International Tourism Endurance 2023 (MITEN2023)
17 Disember 2023
4 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Acara Pelepasan ‘’Flag Off’’ Melaka International Tourism Endurance 2023 (MITEN2023) di Ayer Keroh, Melaka.
Kira-kira 500 pelumba basikal tempatan dan antarabangsa telah mengambil bahagian pada tahun ini.
Turut hadir YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan dan YBhg. Datuk Hj. Ramlan Salleh, Penaung Yayasan Generasi Malaysia.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Meluangkan masa menyantuni dan menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang uzur

Monday, 18 December 2023 by tytmelaka
Meluangkan masa menyantuni dan menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang uzur
16 Disember 2023
3 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa menyantuni dan menziarahi kenalan-kenalan lama iaitu YBhg. Datuk Haron, Encik Md. Dom dan Encik Ahmad Ahad yang sedang uzur.
Turut hadir sama YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

Meluangkan masa menyantuni dan menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang uzur 2

Meluangkan masa menyantuni dan menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang uzur 3

 

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Kejohanan Karate Ke-31 Kadet, Remaja dan B-21 Kebangsaan 2023

Monday, 18 December 2023 by tytmelaka
Majlis Perasmian Kejohanan Karate Ke- 31 Kadet, Remaja dan B-21 Kebangsaan 2023 2
15 Disember 2023
2 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Kehormat Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Karate Ke- 31 Kadet, Remaja dan B-21 Kebangsaan 2023.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Bin Ahmad, Presiden MAKAF dan YBrs. Tuan Mohd Razlan Shah Bin Mohamad Rabii, Pengerusi Penganjur MAKAF.
Seramai 523 atlet kadet, remaja dan bawah-21 karate yang terdiri daripada 32 Kelab, Persatuan dan Kontinjen Majlis Sukan Negeri bakal berentap di kejohanan yang berlangsung dari 15 sehingga 17 Disember 2023 bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Penganjuran kali ini bagi mengenal pasti atlet pelapis yang dilihat berpotensi untuk diserapkan dalam kem Karate Kebangsaan serta mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat tinggi dan memberi pengalaman di acara berskala besar.

 Majlis Perasmian Kejohanan Karate Ke- 31 Kadet, Remaja dan B-21 Kebangsaan 2023

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35

Recent Posts

  • ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    18 Mei 2025 20 Zulkaedah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP