ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari kedua

Friday, 27 October 2023 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari kedua
26 Oktober 2023
11 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah turut berkenan mecemar duli hadir. Turut hadir YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari kedua 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262

Thursday, 26 October 2023 by tytmelaka
Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 2
25 Oktober 2023
10 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja turut memcemar duli hadir ke majlis.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang dan DYTM Raja Muda Perlis. Hadir sama, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negeri Sabah dan Yang di-Pertua negeri Pulau Pinang serta YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Barisan Menteri Kabinet.

Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2023

Thursday, 26 October 2023 by tytmelaka
Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2023
25 Oktober 2023
10 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2023 yang diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Kenderaan Taman Persahabatan Selangor Jepun, Seksyen 14 Shah Alam.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YBrs. Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Shah Alam serta warga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
TYT Tun Seri Setia berkesempatan berkunjung ke gerai-gerai jualan serta beramah mesra bersama penjual dan orang ramai.
Turut berlangsung acara menanam 2 batang pokok jenis Ficus Lyrata Bambino di Taman Persahabatan Selangor Jepun yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia sebagai tanda kenangan atas kunjungan ke Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2023.

Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2023 3

Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2023 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari pertama

Thursday, 26 October 2023 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari pertama
25 Oktober 2023
10 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 ini.
Baginda Sultan Johor turut berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama, Istana Negara dan kemudian menanam pokok Mentega di pekarangan Istana Negara bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-262 hari pertama

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Memperingati Nabi Muhammad SAW & Haul Masyaikh Al-Jenderami 1445H/2023

Monday, 23 October 2023 by tytmelaka
Majlis Memperingati Nabi Muhammad SAW & Haul Masyaikh Al-Jenderami 1445H/2023 2
21 Oktober 2023
6 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Memperingati Nabi Muhammad SAW & Haul Masyaikh Al-Jenderami 1445H/2023 yang diadakan di Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor.

Majlis Memperingati Nabi Muhammad SAW & Haul Masyaikh Al-Jenderami 1445H/2023

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka.

Monday, 23 October 2023 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka.
20 Oktober 2023
5 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka.
Hadir sama YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah dan YB. Tuan Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.

Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka. 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Malam Cinta Rasul – UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M

Monday, 23 October 2023 by tytmelaka
Majlis Malam Cinta Rasul - UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M
19 Oktober 2023
4 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Cinta Rasul – UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka yang mewakilii YAB Ketua Menteri Melaka; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Datuk Wira (Dr.) Sazali bin Muhd Din, Ketua Pegawai Eksekutif UTeM Holdings Sdn. Bhd.
Majlis dimulakan dengan Solat lsyak berjemaah di dalam dewan kemudiannya diserikan dengan bacaan Fasal Kitab Maulid, Qasidah, Alunan Selawat Mahallul Qiam dan Doa Maulidur Rasul SAW.
Ceramah Perdana Maulidur Rasul SAW telah disampaikan oleh YBrs. Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar.

Majlis Malam Cinta Rasul - UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Anugerah Industri Malaysia (Malaysia Industry Awards – MINDA) 2023 dan Malam Amal anjuran Federation of Malaysian Business Associations (FMBA)

Wednesday, 18 October 2023 by tytmelaka
Majlis Anugerah Industri Malaysia (Malaysia Industry Awards - MINDA) 2023 dan Malam Amal anjuran Federation of Malaysian Business Associations (FMBA)
17 Oktober 2023
2 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Anugerah Industri Malaysia (Malaysia Industry Awards – MINDA) 2023 dan Malam Amal anjuran Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) di Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi; YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; dan Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malek bin Abdullah, Pengerusi FMBA.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian kepada 20 penerima anugerah bagi tahun ini.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
15 Oktober 2023
29 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang berlangsung di Lapang Sasar Terbuka, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka dan YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka. Turut hadir YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Pertandingan yang telah berlangsung selama 2 hari ini telah menyaksikan penyertaan dari jabatan-jabatan Kerajaan, agensi-agensi badan beruniform serta persatuan-persatuan dan individu-individu jemputan.
Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Centre Fire individu dan berkumpulan serta Pepper Popper berkumpulan.
Kpl Mohd Hafiz Bin Abdul Rahman dari PDRM Melaka telah menjadi juara dalam acara Centre Fire individu manakala acara berkumpulan pula telah dimenangi oleh Jabatan Penjara Melaka.
Acara Pepper Popper berkumpulan pula telah dimenangi oleh 10 Briged Para (10 Briged Two) setelah mengalahkan Persatuan Menembak Melaka Baru (1).
Acara Jemputan VIP pula menyaksikan pasukan TYT Tun Seri Setia memenangi kedua-dua acara menembak Centre Fire berkumpulan dan Pepper Popper.

Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
Majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka
14 Oktober 2023
28 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka; YB.Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Saham Wakaf Masjid Pulau Besar dan penyampaian sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta Asnaf seterusnya menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42

Recent Posts

  • ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    18 Mei 2025 20 Zulkaedah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP