Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38
Monday, 20 November 2023
19 November 2023
5 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38 Bagi Tahun 2021/2022 yang diadakan di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Olahragawati Harapan kepada Nurul Syasya Khairina binti Samsur (Atlet Angkat Berat) dan Anugerah Olahragawan Harapan kepada Muhammad Hafiq bin Mohd Jafri (Atlet Berbasikal). Manakala bagi Anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawati telah disandang oleh Sydney Chin Sy Xuan (Atlet Wushu) dan Anugerah Olahragawan telah disandang oleh Aaron Chia Teng Fong (Atlet Badminton).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia
Monday, 20 November 2023
17 November 2023
3 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia di Subang Jaya, Selangor.
Hadir sama YBhg. Tan Sri Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM); YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).
Majlis turut diraikan bersama atlet-atlet Malaysia yang menyambut Deepavali.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Rasmi ke Negara Brunei Darussalam
Friday, 10 November 2023
9 November 2023
25 Rabiulakhir 1445H
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta delegasi daripada Melaka di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Berlepas ke Negara Brunei Darussalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Thursday, 09 November 2023
8 November 2023
24 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berlepas ke Negara Brunei Darussalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sempena Lawatan Rasmi ke Negara Brunei Darussalam selama tiga hari.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan diiringi YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Konvokesyen Ke-19 UTeM
Tuesday, 07 November 2023
4 November 2023
20 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-19 UTeM bagi yang berlangsung di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk, Melaka.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Halim Saad, Pro Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Pada sesi ini berlangsung Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus kepada YBhg. Professor Dato’ Dr. Abu bin Abdullah dan Graduan Syed Abrar bin Syed Ahmad Zawawi serta Navhin Muthusamy telah berjaya mendapat Anugerah Pelajar DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Majlis Konvokesyen Ke 19 ini akan berlangsung selama 6 sesi bermula 4 November hingga 6 November 2023. Seramai 3378 graduan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma pada Majlis kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tuan Yang Terutama
Tuesday, 07 November 2023
3 November 2023
19 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hjh Asmah Binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam “Governor Cup” Edisi Kedua tahun 2023 dan Liga Bola Jaring Piala Yang Amat Berbahagia Toh Puan edisi pertama tahun 2023 di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia; YB.Puan Hajah Alwiyah Binti Talib, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan YBhg. Datuk Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Sebanyak 16 pasukan bola sepak dan 16 pasukan bola jaring yang akan merebut piala kejohanan pada edisi kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Tuesday, 07 November 2023
3 November 2023
19 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Rashid bin Haji Mohamed Hussain, Pengasas RHB Bank dan juga orang yang mewakafkan masjid tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Festival Warisan dan Pelancongan Melaka – Pahang 2023
Thursday, 02 November 2023
1 November 2023
16 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Festival Warisan dan Pelancongan Melaka – Pahang 2023 yang berlangsung di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir, Melaka.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut bersama delegasi dari Pahang yang diketuai oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang serta Barisan EXCO Negeri Pahang dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Pahang.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku disambut oleh TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB. Tuan Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Festival ini merupakan program lintasan budaya antara kedua negeri yang julung-julung kali diadakan bagi menzahirkan ucapan sembah kasih sayang terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang akan menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ke-16 pada Januari tahun hadapan.
Festival silang budaya ini juga bertujuan bagi memartabatkan lagi seni, budaya serta warisan kedua-dua buah negeri yang memiliki hubungan sejarah yang sangat rapat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli
Thursday, 02 November 2023
1 November 2023
16 Rabiulakhir 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengahari di Istana Melaka sempena menghadiri Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku disambut oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri; dan barisan EXCO Kerajaan Negeri, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan PenguruSan Bencana Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YB. Tuan Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Turut hadir sama YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang serta Barisan EXCO Negeri Pahang.
Usai Majlis Santapan Tengahari, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenan menaiki River Cruise menyelusuri sungai Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
26th Karate Senior World Championships Budapest 2023
Tuesday, 31 October 2023
29 Oktober 2023
14 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan sekaligus menyempurnakan penyampaian pingat bagi pertandingan Akhir Women Kumite Team sempena 26th Karate Senior World Championships Budapest 2023.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti