Lawatan ke Food Bank DMDI Cambodia dan Pejabat DMDI Kemboja di Phnom Penh, Cambodia
7 Mei 2023
16 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan lawatan ke Food Bank DMDI Cambodia dan Pejabat DMDI Kemboja di Phnom Penh, Cambodia.
Sempena lawatan ini, TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan makanan asas kepada 10 orang asnaf di sana. Hadir sama YB Datuk Dr. Oukhna Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengerusi DMDI Cambodia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin
4 Mei 2023
13 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahnan menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap Adun Pengkalan Batu di Japerun Pengkalan Batu, Taman Bachang Baru, Melaka serta Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap Adun Ayer Molek di Dewan Japerun Ayer Molek, Ayer Molek, Melaka.
Pada sebelah petang YABhg. Toh Puan berkesempatan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Adun Duyong.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin
3 Mei 2023
12 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Adun Taboh Naning di Dewan Japerun Taboh Naning, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Adam Adli bin Abd Halim
1 Mei 2023
10 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Bukit Baru, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka YB. Puan Siti Faizah binti Abdul Azis
28 April 2023
7 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka YB. Puan Siti Faizah binti Abdul Azis, Adun Sungai Rambai sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 di Perkarangan Kompleks Japerun Sungai Rambai, Melaka serta Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Tuan Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia peringkat Dun Bukit Katil (Hang Tuah Jaya) di Dewan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka
29 April 2023
8 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis sambutan Hari Raya ini diadakan bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama antara kepimpinan Negeri Melaka dan Rakyat Melaka.
Turut hadir beberapa perwakilan negara luar ke Malaysia antaranya Duta Besar Yaman, Duta Besar Qatar, Pesuruhjaya Tinggi Republik Sri Lanka serta Pegawai dari Kedutaan Ukraine dan Indonesia
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka YB Datuk Lim Ban Hong
28 April 2023
7 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka YB Datuk Lim Ban Hong, ADUN Klebang di Dewan Sekolah Jenis Keb.(C ) Ying Chye, Klebang serta Majlis Rumah Terbuka YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap Adun Telok Mas di Pusat Khidmat Dun Telok Mas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Mukmin, Kampung Bukit Durian, Melaka
28 April 2023
7 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Mukmin, Kampung Bukit Durian, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YDH SAC Datuk Razali bin Abu Samah, Timbalan Ketua Polis Melaka.
Setelah selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi kenalan-kenalan lama yang telah uzur, yang tinggal di kampung tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan kepada YBhg. Datuk Hj Hasbullah bin Hj. Wa Daud
27 April 2023
6 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan kepada YBhg. Datuk Hj Hasbullah bin Hj. Wa Daud iaitu Cik Nurul Husna bt Hasbullah dan pasangannya En. Ahmad Azim bin Dato Sri Dr. Hilmi di Baling, Kedah.
Turut hadir TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor serta YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hari Raya kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi
25 April 2023
4 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman membuat Kunjungan Hari Raya kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan Tun Jeanne binti Abdullah Danker di kediamannya di Kuala Lumpur.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti