Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar
24 April 2023
3 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim di Dewan Alamanda, Jasin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Wira Haji Ibrahim bin Durum
24 April 2023
3 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Wira Haji Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang telah berlangsung di Kompleks Japerun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Jamuan Hari Raya Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka yang diadakan di Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka, Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin
23 April 2023
2 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput yang diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Krubong, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Jamuan Hari Raya Aidilfitri
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka & Barisan EXCO, ADUN, Ahli Parlimen, Senator dan Ex-Officio Negeri Melaka di Istana Melaka.
Setelah itu TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menyambut Hari Raya bersama Kakitangan dan Polis Cawangan Istana Melaka beserta keluarga.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta keluarga menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Turut mencemar duli hadir Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1444H/2023M
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1444H/2023M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1444H
21 April 2023
30 Ramadan 1444H
Firman Allah SWT:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.
Al-Baqarah (185)
Umat islam disyariatkan supaya melaungkan takbir apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan dengan suara yang lantang bagi menggambarkan kegembiraan dan menunjukkan syiar islam.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1444H di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1444H/2023M Peringkat Negeri Melaka
20 April 2023
29 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1444H/2023M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Tanjung Bidara, Masjid Tanah. Selepas menunaikan solat TYT Tun Seri turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak dan moreh bersama kariah masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa, Solat Isyak dan Terawih
19 April 2023
28 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Majlis Berbuka Puasa, Solat Isyak dan Terawih bersama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di kediamannya di Masjid Tanah Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti