Meluangkan masa bermoreh bersama pengamal media Negeri Melaka di Bangsar Fish Head Curry Corner
18 April 2023
27 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa bermoreh bersama pengamal media Negeri Melaka di Bangsar Fish Head Curry Corner, Bangunan CEB Cafe, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka
18 April 2023
27 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka serta Penjawat Awam Negeri Melaka.
Turut berlangsung penyampaian sumbangan kepada 50 anak yatim yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia dan Solat Maghrib berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada para jemaah dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Ihya’ Ramadhan 1444H, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Melaka
17 April 2023
26 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program Ihya’ Ramadhan 1444H, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Melaka
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YAS. Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan warga kerja Bomba Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Bakul Aidilfitri dan Bubur Lambuk kepada Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka & PGO serta menyampaikan sumbangan bantuan Raya kepada Balu dan anak yatim JBPM.
Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah yanv telah dipimpin oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba)
17 April 2023
26 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba).
Turut hadir YS PKPjB Ts. Nazili bin Haji Mahmood, Pengarah Bahagian Udara; YS PPjB Azmi bin Sadon, Pengarah Pengurusan Korporat; YS PgKB 1 Norizan bin Saad, Pegawai Pengurusan Korporat; YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah JBPM Negeri Melaka; YS PgKB 1 R. Saiful Iswandy bin R. Hassan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib bersama Masyarakat DUN Ayer Limau di Masjid Raudhatul Solihin, Kampung Ayer Limau
15 April 2023
24 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib bersama Masyarakat DUN Ayer Limau di Masjid Raudhatul Solihin, Kampung Ayer Limau, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan merangkap ADUN Ayer Limau; YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan Tuan TPr. Saifuddin Bin Abdul Karim, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tok Janggut, Kampung Paya Rumput, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada asnaf.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Iftar bersama warga UTeM di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM, Durian Tunggal
14 April 2023
23 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghadiri Majlis Iftar bersama warga UTeM di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Turut berlangsung penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia antaranya sumbangan Hari Raya kepada pelajar asnaf UTeM daripada Pusat Islam UTeM; sumbangan tunai & kebajikan kepada anak yatim serta asnaf Negeri Melaka oleh Malik Streams Corporation Sdn Bhd; Bantuan kepada pelajar B40 UTeM; sumbangan daripada Kuwait Finance House kepada UTeM dan sumbangan daripada UTeM Holdings kepada UTeM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Bandaraya Melaka Bersejarah
13 April 2023
22 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Bandaraya Melaka Bersejarah sempena Sambutan Ulangtahun Ke-20 (2 Dekad) Bandaraya Melaka Bersejarah 2023 di Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Tuan Adam Adli Bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan; YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka serta warga MBMB.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada hampir 300 orang pelajar tahfiz serta penyampaian sumbangan kepada pihak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Humanising The Ummah” Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M
13 April 2023
22 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Humanising The Ummah” Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M yang berlansung di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Majlis kali ini telah menghimpunkan seramai lebih 1,500 peserta melibatkan para pelajar,guru-guru, sahabat Al-Quran berserta penglibatan daripada agensi tertentu. World #QuranHour kali ini bertemakan ‘Memanusiakan Ummah’, dan surah Al-Insan menjadi pilihan untuk mencapai impian ke syurga bagi setiap keluarga.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sijil kepada pelajar UPKK yang cemerlang .
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak, Melaka
12 April 2023
21 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YBhg. Mejar Jeneral Rashidin Hashimi Ab Rashid, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) serta hampir 500 orang warga Kem Terendak.
Acara berbuka yang dimulakan dengan TYT Tun Seri Setia memukul beduk menandakan waktu berbuka puasa diteruskan dengan Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Sunat Tarawih.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil Melaka
11 April 2023
20 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan membayar zakat fitrah dan menyampaikan sumbangan kepada jemaah masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti