ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (ALUMNI 4B)

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

9 April 2023
18 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (ALUMNI 4B) di Masjid Al-Muhaimin, Bemban, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut melafazkan Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Alumni 4B Malaysia seterusnya menyampaikan Hadiah kepada pemenang Tilawah Al-Quran.
Turut berlangsung penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada 100 orang penerima dan sumbangan 10 unit komputer riba kepada pelajar.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Tautan Kasih 2023 Penyerahan Bantuan Zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

8 April 2023
17 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Melaka (UNIMEL) hadir ke Majlis Tautan Kasih 2023 Penyerahan Bantuan Zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) anjuran Japerun Kuala Linggi dengan Kerjasama UNIMEL.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Lingg; YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YBhg. Prof. Dr. Abdul Razak bin Ibrahim, Naib Canselor UNIMEL dan YBhg. Pro. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor, Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu, Melaka

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

7 April 2023
16 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid selepas tamat solat.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Iftar Ramadhan PDRM Melaka & Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-216

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

6 April 2023
15 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Iftar Ramadhan PDRM Melaka & Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-216 yang berlangsung di Surau Al-Majid, Perumahan Polis Seri Temenggong, Bukit Beruang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; dan YDH DCP Dato’ Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil balu dan ibu tunggal PDRM sebelum berbuka puasa.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyusuri keindahan Sungai Melaka dengan menaiki kapal Mendam Berahi

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

5 April 2023
14 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menyusuri keindahan Sungai Melaka dengan menaiki kapal Mendam Berahi.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan; dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razzaq, Pasir Putih, Bachang serta Majlis Santapan Berbuka Puasa Negeri Melaka

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

5 April 2023
14 Ramadan 1444H

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas perkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razzaq, Pasir Putih, Bachang serta Majlis Santapan Berbuka Puasa Negeri Melaka.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah umat Islam untuk terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak serta masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia serta dihormati, sekali gus menjadi contoh kepada agama-agama lain.
Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengurniakan sumbangan Ampun Kurnia kepada golongan asnaf dan berbuka puasa, bersantap bersama rakyat serta menyempurnakan solat Maghrib berjemaah.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan ke Pasar Ramadan Peringgit bersama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

5 April 2023
14 Ramadan 1444H

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli berkunjung ke Pasar Ramadan Peringgit diiringi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, YAB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta isteri dan Ketua-ketua Jabatan Negeri.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Tilawah Quran Antarabangsa DMDI dan Konvensyen DMDI Tahun 2023

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

3 April 2023
12 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir menyaksikan Majlis Tilawah Quran Antarabangsa DMDI dan Konvensyen DMDI Tahun 2023 di Majlis Al-Musannif, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan hadiah kepada Qari dan Qariah yang telah berjaya.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Kampung Angkat DMDI dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bingkisan Ramadhan

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

3 April 2023
12 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan Lawatan ke Kampung Angkat DMDI dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bingkisan Ramadhan kepada anak yatim dan kaum Dhuafa di Kampung Angkat DMDI, Medan Indonesia.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan ke Vintage Night Market Melaka dan Melaka Grand Bazaar

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

2 April 2023
11 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan berkunjung ke Vintage Night Market Melaka dan Melaka Grand Bazaar di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Hadir sama YBhg. Datuk Shadan Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Encik Arif Faiz bin Zainudin, Pengurus UTC.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 58
  • 59
  • 60
  • 61
  • 62

Recent Posts

  • Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 3

    Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea

    4 Jun 2025 7 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP