Solat Jumaat di Masjid As-Salihin, Kampung Permatang Pasir, Alai, Melaka
3 Mac 2023
10 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salihin, Kampung Permatang Pasir, Alai, Melaka.
Hadir sama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang turut menjadi Khatib dan Imam Solat Jumaat.
TYT Tun Seri Setia juga telah menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Abu Hubayb Learning Center (AHLC)
18 Februari 2023
27 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Abu Hubayb Learning Center (AHLC) di Sungai Putat, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Dewan Negara dan Ustaz Haji Mohd Najib Khasim, Pengerusi Abu Hubayb Learning Center (AHLC).
AHLC diasaskan bertujuan untuk menjadi “Pusat Pengajian Sepanjang Hayat” untuk semua peringkat umur tanpa mengira latar belakang pendidikan. Matlamat utamanya adalah ingin menjadikan penubuhan AHLC ini sebagai wadah penyebaran ilmu duniawi dan ukhrawi melalui kelas-kelas pengajian yang diadakan seta aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-63, Maharaja Jepun
15 Februari 2023
24 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-63, Maharaja Jepun yang diadakan di JW Marriot Hotel, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Turut mencemar duli berangkat hadir ke majlis tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Ketibaan SPB Raja Permaisuri Agong dan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia dan Madam Takahashi Mami, isteri beliau.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang Menteri Kabinet, Duta-Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi serta tokoh-tokoh korporat
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Briskwalk bersama warga dan para pelajar UNIMEL
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Ukiran Budi Sulaman Kasih sempena Merintis 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Adli bin Zahari, Ahli Parlimen Alor Gajah di Istana Melaka, Bukit Beruang
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mengenai projek Sinarmas land -BSD city (Bumi Serpong Damai) di Tengarang, Jakarta
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah World MuslimPreneur Awards di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertandingan akhir antara Tampoi FC menentang MBMB Warriors FC bagi merebut Piala Governor Cup Melaka 2022 julung kalinya yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Jalan Tambak Bugis, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti