ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Kenduri Kesyukuran YBhg. Datuk Haji Zainal bin Abu

Saturday, 13 August 2022 by TYTMelaka
Majlis Kenduri Kesyukuran

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Kenduri Kesyukuran YBhg. Datuk Haji Zainal bin Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Isteri yang telah selamat pulang dari mengerjakan Ibadah Haji.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Malam Penghargaan Anjuran Syarikat Perniagaan Orang Kampung (OK) Group

Saturday, 13 August 2022 by TYTMelaka
Majlis Makan Malam
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Malam Penghargaan 2022 Anjuran Syarikat Perniagaan Orang Kampung (OK) Group yang diadakan di Raja Chulan Grand Ballroom Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis ini diadakan bagi meraikan hampir 300 kakitangan Syarikat Orang Kampung termasuk rakan niaga syarikat dari Brunei, Indonesia dan Singapura. TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Emas kepada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun bersama syarikat Orang Kampung.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi kawan lama Encik Md Sani bin Jantan

Saturday, 13 August 2022 by TYTMelaka
Menziarahi Kawan Lama
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan menziarahi kawan lama Encik Md Sani bin Jantan, 74 tahun di Pokok Mangga, Melaka.
Setelah itu TYT Tun Seri Setia sempat makan tengahari di Restoran Asam Pedas dan Nasi Ayam Hajjah Maimon di Ujong Pasir.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Pengebumian Allahyarhamah Noorhaslinda binti Mohd Shariffuddin

Friday, 12 August 2022 by TYTMelaka
Majlis Pengebumian

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi majlis pengebumian Allahyarhamah Noorhaslinda binti Mohd Shariffuddin yang berumur 38 tahun di Tanah Perkuburan MAIM, Bukit Cina, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Tanjung Bidara

Friday, 12 August 2022 by TYTMelaka
Solat Jumaat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tanjung Bidara, Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Tanjung Bidara yang telah mengakibatkan kerosakan kepada rumah-rumah mereka.
Selepas itu TYT Tun Seri Setia turun melawat mangsa-mangsa ribut di Sekolah Menengah Agama Al-Ehya Al-Karim dan di Japerun Tanjung Bidara.
Mengiringi TYT Tun Seri Setia sepanjang lawatan ialah YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker DUN Melaka; YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property

Tuesday, 09 August 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat serta Taklimat berkaitan Pembangunan Sime Darby Property dan Projek BatterSea di London daripada Encik Mohd Sohimin bin Mohd Alayedin, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Taklimat Mingguan Penerangan dan Perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka

Tuesday, 09 August 2022 by TYTMelaka
Taklimat Kerja

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA)

Tuesday, 09 August 2022 by TYTMelaka
MAHA
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan.
Manakala YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta barisan tertinggi kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka menyambut ketibaan TYT Tun Seri Setia di Pavilion Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat pameran-pameran serta gerai-gerai yang ada sempena Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2022.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka

Monday, 08 August 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Ke Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2022M di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Selepas Solat Fardhu Mahgrib TYT Tun Seri Setia dan YABhg Toh Puan berkesempatan mendengar Tausiah bertajuk “Menyantuni Kasih, Menyulam Sayang, Menjunjung Berkat” yang telah disampaikan oleh PU Rahmat Ihsan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Nur Shahirah

Monday, 08 August 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Nur Shahirah berkaitan Teater Muzikal Purba Klasik ‘Bukit Siguntang’ yang diketuai oleh Puan Normah binti Said, Pengerusi Pertubuhan.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 63
  • 64
  • 65
  • 66
  • 67

Recent Posts

  • Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea 3

    Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea

    4 Jun 2025 7 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP