Perasmian Penutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025M/1446H
Wednesday, 19 March 2025
19 Mac 2025
18 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025M/1446H yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2025
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2025 yang diadakan di MITC, Ayer Keroh.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri serta Penjawat-Penjawat Awam Negeri Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Al-Alami, MITC, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Naiyl M. Latypov
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Naiyl M. Latypov, Duta Besar Rusia ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar
Tuesday, 18 March 2025
18 Mac 2025
17 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Hadir sama YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Abdul Aziz bin Abu Hassan, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan; YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 3 Divisyen dan YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Ts. Reizal Arif bin Tan Sri Ismail, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota.


- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak
Monday, 17 March 2025
17 Mac 2025
16 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak di Sungai Udang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima Divisyen Ketiga Infantri dan YDH. Brigedier Jeneral Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para).
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa serta solat Maghrib di Kelab Rekreasi Pegawai Tentera (AORC), Kem Terendak dan diteruskan dengan solat Isyak serta Tarawih di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak.
Usai moreh bersama warga kem TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan Bingkisan Ramadan dan sumbangan kepada masjid.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC)
Sunday, 16 March 2025
16 Mac 2025
15 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia, yang juga penaung kepada MBBC, disambut TYT Dr. Edin Jahic, Duta Besar Bosnia & Herzegovina ke Malaysia dan YBhg. Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, Presiden MBBC.
Turut berlangsung Majlis Penyerahan Waqf Al-Quran dari pihak MBBC kepada TYT Duta Besar sambil disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia. Seterusnya TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Surau AGIB, Bukit Katil, Melaka.






- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau
Saturday, 15 March 2025
15 Mac 2025
14 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Masjid Ar Rabani Sungai Siput, Lubok Cina disambut YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Limau dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 130 orang penerima.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Ibnu Sina, Sungai Jerneh, Lubok Cina, Melaka serta bermoreh bersama para jemaah.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua buah masjid serta sumbangan bingkisan Ramadan kepada para jemaah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman
Saturday, 15 March 2025
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bersama delegasi di Istana Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Friday, 14 March 2025
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTEM, memberikan penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) iaitu Allahyarham Encik Al-Qais Bin Alias, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CDO) di Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka, yang telah kembali ke Rahmatullah akibat terlibat dengan kemalangan pada hari semalam, 13 Mac 2025.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Iftar bersama warga UTeM
Friday, 14 March 2025
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir ke Majlis Iftar bersama warga UTeM yang diadakan diperkaranagan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Melaka.
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr, Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Dato’ Seri Hasan Malek, Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBhg. Datuk Hajjah Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Holdings Sdn Bhd; YBrs. Puan Rusnah Binti Aluai, Ahli Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM dan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Di majlis ini TYT Tun Seri Setia telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Jubli Perak (25 tahun) UTeM.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan daripada Tabung Amal Jariyah Pusat Islam, Peruntukan Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Zakat Individu kepada 50 orang pelajar asnaf UTeM.
Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib dan Isyak serta Tarawih secara berjemaah di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada imam dan masjid.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti