TYT Tun Seri Setia Melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali, Bukit Katil.
TYT Tun Seri Setia diiringi YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Kesihatan dan Antidadah Negeri dan YBhg. Datuk Dr. Ismail Ali, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pelancaran Buletin Istana Melaka Sempena 1 Tahun Pelantikan
Hari ini, 4 Jun 2021, genap 1 tahun pelantikan TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Bersempena dengan ulangtahun pertama pelantikan TYT Tun Seri Setia, Istana Melaka melancarkan penerbitan pertama Buletin Istana Melaka. Buletin yang akan diterbitkan setiap suku tahun ini, akan memaparkan maklumat aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka sebagai satu madah perkongsian kepada semua pihak.
Buletin Istana Melaka ini juga berperanan sebagai satu medium bagi mendekatkan institusi tertinggi negeri Melaka kepada rakyat Melaka khususnya dan negara amnya. Semoga dengan penerbitan Buletin ini, rakyat dapat menyoroti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sepanjang tahun.
Semua pihak boleh mendapatkan sesalinan Buletin Istana Melaka ini dengan memuat turun melalui capaian sesawang di bawah:
https://drive.google.com/file/d/1nvW778a6vUrawQ95-SaVeM0xmLuSMgiL/view?fbclid=IwAR1DlFL-2H8hEhCxkrTpXniVMwc_g7wfy6GW1Coa80JWgomW9RwYP_0w6JM
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat Mingguan Penerangan & Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Seri Dr. Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rakaman Perutusan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka membuat Rakaman Perutusan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka. Turut hadir sama Encik Mohd Yusni bin Mohamed Ali, Pengarah RTM Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Timb. Menteri Pertanian & Industri Makanan 1
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan 1 dan Encik Mohd Nasir bin Warris, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia serta rombongan.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan membawa para tetamu melawat Taman Seribu Bunga.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Jumaat & Menyampaikan Sumbangan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saidina Omar Abdul Aziz, Kampung Sungai Putat, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf Negeri Melaka
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf Negeri Melaka Anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Grand Ballroom, MITC, Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyampaian Baju Raya Kepada Anak-Anak Yatim Negeri Melaka
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Baju Raya Kepada Anak-Anak Yatim Negeri Melaka Anjuran CIMB Foundation Dengan Kerjasama Koperasi Istana Melaka Berhad (KOKAIM) & Kelab Sukan & Kebajikan Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ayer Keroh, Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menerima Penyampaian Sumbangan Kit Makanan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Penyampaian Sumbangan Kit Makanan oleh Syarikat Nasi Kandar Subaidah Sdn. Bhd. untuk disampaikan kepada golongan B40 & asnaf-asnaf. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Kesyukuran & Bacaan Yasin Perdana Bandaraya Melaka Bersejarah
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Kesyukuran & Bacaan Yasin Perdana Bandaraya Melaka Bersejarah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah 2021 di Masjid As-Syakirin, Bachang, Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti