Majlis Berbuka Puasa Bersama Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Wednesday, 12 March 2025
8 Mac 2025
7 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Yayasan DMDI & Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diadakan di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh, Jasin.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah serta pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Alumni 4B, Gerakan Belia 4B, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan World Youth Foundation (WYF).
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh ini merupakan satu institusi yang baru beroperasi dan merupakan cawangan kedua Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia (MTS Malaysia) di Melaka selepas di Masjid Tanah.
Rangkaian maahad tahfiz ini berpusat di Turki dengan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dan 22 cawangan di Malaysia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
7 Mac 2025
6 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka.
Setelah selesai Solat Tarawih, TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Junid, Taman Kenangan Chinchin, Jasin, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
7 Mac 2025
6 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid di Masjid Al Junid, Taman Kenangan Chinchin, Jasin, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Ustaz Abu Bakar bin Amin, 85 tahun mantan imam Masjid Al Junid yang sedang uzur di kediamannya berhadapan dengan masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Mohd Redzuan Raffi, Pengasas Madrasah Tahfiz Wal Ulum Darul Yamani yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Jasin dan TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Yee Ah Koon yang sedang menerima rawatan di Hospital Mahkota, Melaka.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
5 Mac 2025
4 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Setelah selesai Solat Tarawih, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Shahir Arifin bin Ahmad Fadzil, Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) telah menyampaikan tazkirah ringkas berkenaan kebesaran bulan Ramadan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan Kepimpinan Negeri
Wednesday, 12 March 2025
4 Mac 2025
3 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka, Barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN), Ahli Parlimen, Senator serta Ex-Officio di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Wednesday, 12 March 2025
4 Mac 2025
3 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka, yang rumahnya musnah akibat kebakaran yang berlaku semalam di Kampung Peringgit, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia pada jam 10.00 pagi di lokasi kejadian disambut YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan.
TYT Tun Seri Setia menekankan pentingnya agar bantuan dari agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan perlu disegerakan terutamanya kepada mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran atau bencana alam.
YABhg. Toh Puan pula telah mengadakan lawatan berasingan pada jam 12.00 tengahari sejurus selepas selesai Program bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Auditorium Masjid Al-Azim.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan peribadi dan menzahirkan ucapan takziah serta berharap Cik Juhaida Jamari bersabar di atas dugaan yang menimpa ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar
Wednesday, 12 March 2025
4 Mac 2025
3 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka yang baru.
Dalam kunjungan ini TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Melaka yang baru bagi menggantikan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah yang telah bersara wajib.
Turut hadir ACP Zulkifli bin Arin, Ketua Cawangan Khas Melaka dan Supt. Izuddin bin Ab Wahab, Ketua Jabatan Pengurusan Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang
Wednesday, 12 March 2025
3 Mac 2025
2 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang.
Usai solat TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada para jemaah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang
Wednesday, 12 March 2025
1 Mac 2025
30 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Isyak dan Terawih bersama keluarga serta kakitangan & Anggota Polis Cawangan Istana Melaka di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka
Tuesday, 11 March 2025
28 Februari 2025
29 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Maghrib berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti