Solat Isyak dan Terawih di Masjid Kampung Hulu, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
12 Mac 2025
11 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Kampung Hulu, Melaka.
Setelah selesai Solat Tarawih, TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Md Nazri bin Zawawi
Wednesday, 12 March 2025
12 Mac 2025
11 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka serta isteri YBhg. Datin Shahida binti Salleh di Istana Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Jabatan, Agensi & IPT di Istana Melaka
Wednesday, 12 March 2025
11 Mac 2025
10 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Anak Syarikat Dan Institusi Pengajian Tinggi di Istana Melaka.
Turut hadir YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YA Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi (2) Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YAA Tuan Haji Azzeman bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 12 March 2025
11 Mac 2025
10 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Program Ihya’ Ramadhan 1446H Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka
Wednesday, 12 March 2025
10 Mac 2025
9 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Program Ihya’ Ramadhan 1446H Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka di Balai Bomba Jasin Bestari, Jasin, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YAS Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YS PPB Mohd Pisar bin Aziz, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Turut berlangsung penyampaian sumbangan Bakul Ramadan kepada anak-anak yatim dan asnaf yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Al-Ghaffar, Jasin, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pegawai syarak masjid serta bermoreh bersama jemaah yang hadir.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad
Wednesday, 12 March 2025
10 Mac 2025
9 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima Divisyen Ketiga Infantri yang baru.


- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Berbuka Puasa Bersama Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Wednesday, 12 March 2025
8 Mac 2025
7 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Yayasan DMDI & Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diadakan di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh, Jasin.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah serta pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Alumni 4B, Gerakan Belia 4B, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan World Youth Foundation (WYF).
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh ini merupakan satu institusi yang baru beroperasi dan merupakan cawangan kedua Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia (MTS Malaysia) di Melaka selepas di Masjid Tanah.
Rangkaian maahad tahfiz ini berpusat di Turki dengan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dan 22 cawangan di Malaysia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
7 Mac 2025
6 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka.
Setelah selesai Solat Tarawih, TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Junid, Taman Kenangan Chinchin, Jasin, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
7 Mac 2025
6 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid di Masjid Al Junid, Taman Kenangan Chinchin, Jasin, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Ustaz Abu Bakar bin Amin, 85 tahun mantan imam Masjid Al Junid yang sedang uzur di kediamannya berhadapan dengan masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Mohd Redzuan Raffi, Pengasas Madrasah Tahfiz Wal Ulum Darul Yamani yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Jasin dan TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Yee Ah Koon yang sedang menerima rawatan di Hospital Mahkota, Melaka.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
5 Mac 2025
4 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Setelah selesai Solat Tarawih, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Shahir Arifin bin Ahmad Fadzil, Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) telah menyampaikan tazkirah ringkas berkenaan kebesaran bulan Ramadan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti