Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Sempena Tahun Melawat Melaka 2024
Monday, 30 December 2024
14 Disember 2024
12 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 yang diadakan di Perkarangan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA).
Seramai 405 peserta daripada seluruh negera antaranya Selangor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor telah menyertai festival ini yang mempertandingkan warisan kesenian Islam seperti nazam, berzanji, marhaban dan nasyid yang merupakan warisan tradisi masa lalu yang masih subur diamalkan masyarakat sehingga ke hari ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Institut Warisan Melaka (INSWA) yang menganjurkan program ini dengan kerjasama Melaka World Heritage Sdn Bhd, Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Perbadanan Muzium Melaka, Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri dan Perbadanan Melaka.
Festival Kesenian Islam sempena Tahun Melawat Melaka 2024 telah dianjurkan dalam usaha untuk menerapkan kesedaran serta melestari kesenian Islam dalam kalangan masyarakat tempatan dan luar negara.
Bagi memeriahkan lagi program ini, turut diadakan Persembahan Kesenian Islam untuk menarik minat pengunjung tempatan dan luar negara untuk berkunjung ke negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
Diharap festival ini dapat mengukuh, memelihara serta memperkasakan warisan kesenian Islam supaya ianya tidak pupus di minda generasi muda dan seterusnya dapat berkembang dan dihormati di seluruh dunia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Ismail Bin Saleh
Monday, 30 December 2024
14 Disember 2024
12 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Ismail Bin Saleh, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka iaitu Encik Mohamad Safuan Bin Ismail & Pasangannya Cik Mia Zafirah Binti Mohamed Rozhan yang berlangsung di MITC, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi kakak kepada YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman
Monday, 30 December 2024
13 Disember 2024
11 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi kakak kepada YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman iaitu Puan Hapipah Ab Rahman yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka sejurus selesai menunaikan Solat Jumaat.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat pesakit-pesakit di wad 2-4, wad 2-3 dan menyampaikan sumbangan peribadi serta mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah, Telok Mas
Monday, 30 December 2024
13 Disember 2024
11 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah, Telok Mas, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri merangkap ADUN Telok Mas; YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas serta beramah mesra bersama jemaah masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Halil bin Abdullah
Monday, 30 December 2024
11 Disember 2024
9 Jamaldilakhir 1446H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya:Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Halil bin Abdullah mantan Ketua Penyelaras Masjid dan Madrasah Negeri Melaka telah kembali kerahmatullah di Masjid As Sajidin, Sempang Kerayong, Jasin.
Semoga Allahyarham diampunkan dosa serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.

- Published in Arkib Berita, Berita
Minum Petang & Makan Malam Bersama YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi
Monday, 30 December 2024
10 Disember 2024
8 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan YABhg. Tun Jeanne binti Abdullah Danker menikmati minum petang di Cendol Kampung Hulu, Makan Avenue, Melaka.
Pada sebelah malamnya pula, YABhg. Tun Abdullah dan YABhg. Tun Jeanne berkunjung ke Istana Melaka untuk menikmati hidangan makan malam bersama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin
Monday, 30 December 2024
10 Disember 2024
8 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) dan YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Naib Canselor USM.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi mempersilakan TYT Tun Seri Setia ke Majlis Malam Gemilang Alumni dan Industri Universiti Sains Malaysia Tahun 2024 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 14 Disember 2024.
Hadir sama YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Persatuan Alumni USM.
- Published in Arkib Berita, Berita
Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Tun Ali Cup 2024 Edisi Ketiga
Tuesday, 10 December 2024
8 Disember 2024
6 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Tun Ali Cup 2024 Edisi Ketiga yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Klmunikasi Digital; YBhg. Datuk Sumali Reduan, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM); YBhg. Datuk Akramuddin Ab Aziz, Yang di-Pertua Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) dan YBhg. Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Timbalan Presiden PSM.
Tahniah Pasukan Kuala Lumpur muncul juara regu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024 selepas menundukkan Pasukan Perak 2-0. Manakala tempat ketiga bersama milik Pasukan Negeri Sembilan dan Pasukan Johor.
Pasukan Kedah pula muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan Pasukan Perak 2-0 sementara Pasukan Pahang serta Pasukan Pulau Pinang masing-masing di tempat ketiga.
Dalam kategori regu wanita pula, tahniah diucapkan kepada Pasukan Kuala Lumpur yang telah muncul juara selepas mengatasi Pasukan Perak 2-1 sementara tempat ketiga milik Pasukan Kelantan dan Pasukan Selangor.
Kejohanan edisi ketiga ini telah disertai 18 pasukan dalam acara regu dan beregu lelaki serta buat pertama kali memperkenalkan kategori regu wanita yang disertai sembilan pasukan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyempurnakan Majlis Anugerah Hartanah Malaysia anjuran FIABCI Malaysia
Tuesday, 10 December 2024
7 Disember 2024
5 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Anugerah Hartanah Malaysia anjuran FIABCI Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor.
Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf kecemerlangan terkemuka, industri hartanah negara yang telah mempamerkan projek-projek berkualiti, menunjukkan inovasi, kehijauan, lestari, memenuhi keperluan komuniti, dan keseinbangan alam sekitar.
Tahniah kepada 22 syarikat yang telah menerima Anugerah Hartanah Malaysia bagi tahun 2024 ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Ibu Dr. Hj. Siti Wasilah, M.Si, Med
Tuesday, 10 December 2024
5 Disember 2024
3 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meraikan Lawatan Ibu Dr. Hj. Siti Wasilah, M.Si, Med, Isteri kepada Walikota Banjar Masin ke Negeri Melaka dengan majlis makan malam di Restoren Mohd Chan by The Garden.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti