Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024
Tuesday, 10 December 2024
5 Disember 2024
3 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024 peringkat kumpulan di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka.
Sesi perlawanan hari ini menyaksikan Pasukan Beregu Melaka berjaya menewaskan Pasukan Beregu Putrajaya, manakala Pasukan Regu Melaka pula telah tewas kepada Pasukan Regu Perak.
TYT Tun Seri Setia juga turut menyaksikan sesi penyerahan sumbangan kepada Persatuan Sepaktakraw Melaka (PASTAM) daripada Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), World Youth Foundation, Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka, Diamond Ultimax (M) Sdn Bhd, Ketua Saudagar dan Team DMDI, dan YBhg. Datuk Zool Hilmi bin Datuk Haji Abdul Ghaffar. Jumlah keseluruhan sumbangan diterima sebanyak RM72,000.00 yang telah diterima oleh YBhg. Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Presiden PASTAM.
PASTAM turut menerima sumbangan pakaia daripada YBhg. Dato’ Sri Ahmad Nazri bin Haji Khalil, Ketua Pegawai Eksekutif, Pintarisma Sdn Bhd.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Tuesday, 10 December 2024
4 Disember 2024
2 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi bagi mempersembahkan watikah pelantikan semula TYT Tun Seri Setia sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah diperkenan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Turut hadir YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.

Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir 2
- Published in Arkib Berita, Berita
Menyempurnakan perasmian Malam Penghargaan Belia Wilayah Persekutuan Tahun 2024
Tuesday, 10 December 2024
1 Disember 2024
29 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Malam Penghargaan Belia Wilayah Persekutuan Tahun 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Hadir sama YB. Dr. Zaliha binti Mustaffa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; YDH. ACP Ravinder Singh A/L Sarban Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur; YBrs. Encik Mohd Izzat Afifi Haji Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia dan YBrs.
Encik Khairul Rizam Dato’ Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia menegaskan supaya belia perlu memperkukuhkan lagi persatuan agar dapat menarik lebih ramai belia-belia di Malaysia dan membawa suara belia kepada pihak kerajaan dalam membantu membendung isu-isu yang merosakan belia Malaysia antaranya penyalahgunaan dadah yang semakin merisaukan.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Khas Presiden Kategori Media, Anugerah Pingat Jasa Belia (PJB) dan Anugerah Pingat Bakti Belia (PBB).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyantuni 3 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Paya Ikan
Monday, 09 December 2024
30 November 2024
28 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni 3 keluarga yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Paya Ikan.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan peribadi setiap keluarga serta mendoakan agar keadaan dapat segera pulih.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport)
Monday, 09 December 2024
30 November 2024
28 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian e-Sport Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024 (TYT e-Sport) anjuran Majlis Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) yang diadakan di Mahkota Parade, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk VP. Shanmugam A/L Pitchay, Exco Belia Sukan Dan NGO Negeri Melaka; YBrs. Mohamad Mazlan Bin Haji Anis, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YBrs. Tuan Mohd Asri Bin Hj Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka; YBrs.
Muhammad Hamka Bin Mohd Ali, Presiden Melaka Esports Association dan En. Mohamed Sahir Bin Johari, Centre Manager Mahkota Parade Shopping Center
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami
Monday, 09 December 2024
29 November 2024
27 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Datuk Wira Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Maulud Nabi bersama Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka dan Yayasan Al-Jenderami di Surau Istana Melaka.
Turut hadir YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al- Qadri, Tunku Besar Tampin; YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Al-Fadhil Al Habib Hassan Al-Attas, Imam Besar Masjid Ba’alwie Singapura dan Tuan Guru Ustaz Datuk Haji Hafiz Selamat Al-Jenderam serta Ustaz Haji Mohammad Hadi bin Tuan Guru Haji Minhat menyampaikan Tausiyah selain qasidah dan selawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Santapan tengahari bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang
Monday, 09 December 2024
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
29 November 2024
27 Jamaldilawal 1446H
Merafak sembah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah mencemar duli ke Negeri Melaka bagi santapan tengahari bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
Monday, 09 December 2024
29 November 2024
27 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah
Monday, 09 December 2024
28 November 2024
26 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia.
Selepas Kunjungan Hormat, TYT Duta Besar telah menyempurnakan sesi menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis perasmian Forum Usahawan Muda 2024 anjuran World Youth Foundation (WYF)
Saturday, 07 December 2024
28 November 2024
26 Jamaldilawal 1446H]
YT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Forum Usahawan Muda 2024 anjuran World Youth Foundation (WYF) bersama SME Corporation Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi World Youth Foundation; YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Melaka; YBhg. Prof.
Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam; YBrs. Encik Asrizal bin Mohamed Radzi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Belia & Institusi Pendidikan Akademi Kenegaraan Malaysia dan Encik Meor Shahril Anuar bin Ahmad Rathuan, Naib Presiden Perniagaan Negeri.
Forum yang bertujuan untuk membuka ruang diskusi, perkongsian idea, dan pengetahuan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik, mampan, dan berdaya saing bagi usahawan masa kini yang perlu menangani cabaran perniagaan yang semakin kompleks dalam era globalisasi dan transformasi digital.
Dengan adanya forum ini diharap boleh menjadi satu titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih kukuh serta idea-idea baharu yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing serta menjadi medan terbaik untuk kita mendapatkan pencerahan, bertukar pandangan, dan memperkukuh semangat dalam menghadapi cabaran masa kini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti