TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENDAKWA SYARIE SERTA PENDAKWA-PENDAKWA SYARIE NEGERI MELAKA
Tuesday, 03 December 2024
15 November 2024
13 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBrs. Tuan Atras bin Mohamad Zin, Ketua Pendakwa Syarie Serta Pendakwa-Pendakwa Syarie Negeri Melaka di Istana Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JHEV ATM KEPADA TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
14 November 2024
12 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Datuk Seri Hj Mohamad Fazil bin Hj Shafie, Yang di-Pertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka; Lt Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Fksekutif Yayasan Veteran ATM; Lt Kolonel Salim bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Bahagian Pencen JHEV ATM; Mejar Mohammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Staf 2 Atur Turus JHEV ATM dan Mejar Muhammad Zarifi bin Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka/Negeri Sembilan.
- Published in Arkib Berita, Berita
TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN EXCO NEGERI PERAK
Tuesday, 03 December 2024
12 November 2024
10 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Salbiah Mohamed, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Hadir sama YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka; YB. Puan Salina Samsudin, Naib Pengerusi Sekretariat Pembangunan Wanita serta Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
- Published in Arkib Berita, Berita
TAKLIMAT MINGGUAN YAB KETUA MENTERI MELAKA
Tuesday, 03 December 2024
12 November 2024
10 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
KUNJUNG HORMAT TYT DUTA KYRGYZ REPUBLIK
Tuesday, 03 December 2024
12 November 2024
10 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat TYT Mr. Anvar Anarbaev, Duta Kyrgyz Republik di Malaysia.
Selepas Kunjungan Hormat, TYT Duta telah menyempurnakan sesi menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA MAJLIS IKHTISAS KELAUTAN MALAYSIA
Tuesday, 03 December 2024
11 November 2024
9 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Kapten Abdul Aziz bin Abdullah, Presiden Majlis Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL) di Istana Melaka.
Turut hadir YBhg. Dato’ Kapten Abdul Rahim bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah KASI Sdn Bhd (Mantan Presiden IKMAL) dan YBrs. Kapten Kenneth Khoo Beng Chuan, Setiausaha Kehormat IKMAL.
- Published in Arkib Berita, Berita
PERBENTANGAN CADANGAN PELAN INDUK WAKAF NASIONAL (PIWN) 2025-2030
Tuesday, 03 December 2024
11 November 2024
9 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi Perbentangan Cadangan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025-2030 di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Perbentangan diketuai oleh YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM dan YBhg. Dato Selamat Bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR serta Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Turut hadir Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM; Puan Azura Azreen binti Yusop, Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR; Tuan Haji Hairulamin bin Mohd Sis, Pengurus Baitulmal MAIM, Encik Hanif nin Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR; Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
”DAH SACHUPAK TAK BOLEY SAGANTANG”
Tuesday, 03 December 2024
9 November 2024
7 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyaksikan pementasan Wayang Peranakan Baba Nyonya : ”Dah Sachupak Tak Boley Sagantang 2.0” yang berlangsung di Panggung Bangsawan, Melaka.
Persembahan teater ini dibawakan secara ekslusif oleh Persatuan Peranakan Cina Melaka, ini merupakan wayang peranakan yang julung-julung kali dipentaskan selepas 25 tahun.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Abdullah Abu
Tuesday, 03 December 2024
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
10 November 2024
8 Jamaldilawal 1446H
Semoga roh Allahyarham Haji Abdullah Abu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan menyantuni ahli keluarga Allahyarham di Peringgit.
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
Maksudnya:
” Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.
(Surah An-Nisa: Ayat 78)
- Published in Arkib Berita, Berita
KEJOHANAN MENEMBAK PIALA TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
10 November 2024
8 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Kejohanan Menembak Piala TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah dianjurkan oleh PDRM Melaka di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka; YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka.
Pertandingan yang telah berlangsung selama 2 hari ini telah menyaksikan penyertaan dari jabatan-jabatan Kerajaan, agensi-agensi badan beruniform serta persatuan-persatuan dan individu-individu jemputan.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti