MAJLIS KONVOKESYEN UTEM KE-20
Tuesday, 03 December 2024
9 November 2024
7 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-20 UTeM yang berlangsung di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Rashid bin Haji Mohamed Hussain, Pro Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Majlis Konvokesyen Ke-20 ini akan berlangsung selama 6 sesi bermula 9 November hingga 11 November 2024. Seramai 3459 graduan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma pada Majlis kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
MAJLIS PELANCARAN “GOVERNOR CUP” EDISI KETIGA DAN LIGA BOLA JARING PIALA YABHG. TOH PUAN
Tuesday, 03 December 2024
8 November 2024
6 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak Piala TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam ”Governor Cup” Edisi Ketiga dan Liga Bola Jaring Piala YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman Edisi Kedua Tahun 2024 yang berlangsung di Taman Seribu Bunga, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YBhg. Tan Sri Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Pengerusi Pertandingan.
Pada tahun ini, sebanyak 12 pasukan bola sepak terbaik dan 12 pasukan bola jaring yang terbaik akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini antaranya pasukan bola sepak MBMB WARRIORS FC, PSP FC, SAMB FC II, TAMINGSARI, TAMPOI, MORTEN FC, SSN FC, BUDIMAN CERGAS FC, ALA IEMPIRE, BARA FC, PERMA FC dan JEBAT FC. Manakala bagi saingan bola jaring antara pasukan yang bertanding ialah ISTANA MELAKA TEAM, SUK MELAKA NC, SSN RESILIENCE, ISDA NC, SILENT, STARLIGHT NC, PDRM, SU FIGHTER NC, DRAGONITES NC, UITM MELAKA, SPITFIRE NETBALLERS dan MELAKA MYSTI.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut meraikan kejayaan bersama Melaka FC yang telah layak ke Piala Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA KONVOKESYEN UTEM KE-20
Tuesday, 03 December 2024
7 November 2024
5 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Konvokesyen UTeM Ke-20 yang diadakan di Hatten Hotel, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; PYT Mrs. Nineta Barbulescu, Duta Besar Romania ke Malaysia; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Turut berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Bitara Kesidang 2024 yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN NAIB CANSELOR UNIMEL
Tuesday, 03 December 2024
7 November 2024
5 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Prof. Datuk Dr. Haji Taib bin Haji Dora, Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) beserta pengurusan tertinggi universiti bagi taklimat sempena Istiadat Konvokesyen UNIMEL Ke-26.
- Published in Arkib Berita, Berita
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI MELAKA
Tuesday, 03 December 2024
7 November 2024
5 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka yang baru.
Turut hadir Tuan Ahmad Sazali bin Omar, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka dan Puan Zairani binti Tugiran, Pengarah Guaman Negeri.
- Published in Arkib Berita, Berita
DUTA BESAR PALESTIN KUNJUNG HORMAT TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
6 November 2024
4 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin Ke Malaysia.
Turut hadir Ms. Yasmine Abdalhafiz, Cultural Affairs Officer.
Selepas Kunjungan Hormat, TYT Mr. Walid Abu Ali telah menyempurnakan sesi menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
TYT TUN SERI SETIA ZIARAH KENALAN LAMA
Tuesday, 03 December 2024
3 November 2024
1 Jamaldilawal 1446H
Menziarahi cikgu saya Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka yang telah mengajar saya semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Semabok pada tahun 1960 sekarang berumur 87 tahun. Saya doakan agar sihat dan lanjut usia bersama isteri dan keluarga serta mendapat rahmat Allah SWT.
Selepas itu saya turut melawat Haji Abdullah Abu kawan lama yang tinggal sebelah rumah Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dan juga Kapten Jalil Abu Bakar.
Juga menziarah Cikgu Jasmin Husin di Kampung Pendamar, Ayer Molek dan Haji Bazid di Rumah Awam, Ayer Molek.
Kemudiaan menziarahi Ustaz Fauzi di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.
Saya doakan semoga semua sahabat-sahabat bertambah sihat dan mendapat rahmat Allah SWT.
Aminnnn.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
LAWATAN KE KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA MELAKA (KUAM) 2024
Tuesday, 03 December 2024
1 November 2024
29 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka dari 31 Oktober 2024 hingga 3 November 2024.
Turut hadir YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri dan YB Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya yang mengiringi TYT Tun Seri Setia sepanjang lawatan.
Sebanyak 28 agensi, syarikat dan akademi penerbangan menyertai karnival kali ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024. Penganjuran KUAM 2024 turut diwarnai dengan persembahan akrobatik pesawat ringan, drone soccer, simulator kapal terbang, spot landing aircraft dan pameran aset-aset milik Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pengunjung juga turut berpeluang menyaksikan pertunjukan payung terjun oleh 70 penerjun dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport, Batu Berendam
Tuesday, 03 December 2024
1 November 2024
29 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport, Batu Berendam, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas serta beramah mesra bersama jemaah masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA DEEPAVALI
Tuesday, 05 November 2024
TYT TUN SERI SETIA & YABHG. TOH PUAN BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA DEEPAVALI
31 Oktober 2024
28 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir meraikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri; YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YB. Tuan Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkunjung ke rumah terbuka Deepavali YBhg. Datuk R. Perumal, Mantan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti