Taklimat Penerangan dan Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 14 May 2025
13 Mei 2025
15 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Salam Takziah
Wednesday, 14 May 2025
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menzahirkan rasa dukacita yang mendalam di atas kemalangan di Teluk Intan, Perak yang meragut nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terkorban dan mendoakan kepada mangsa yang cedera akibat kemalangan ini segera sembuh serta menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga dalam menghadapi suasana yang getir ini. Semoga Allah tabahkan semangat mereka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Anugerah Tokoh Sukan 2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024
Tuesday, 13 May 2025
13 Mei 2025
15 Zulkaedah 1446H
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah mengurniakan Anugerah Tokoh Sukan 2024 kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 yang diadakan di Subang, Selangor Darul Ehsan.
Majlis turut dihadiri YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Untuk rekod TYT Tun Seri Setia telah dipilih di atas kewibawaan dan ketokohan yang dijadikan contoh serta inspirasi dalam membentuk landskap dan pembangunan pengurusan sukan pada masa kini. Ini dinilai daripada dua persatuan yang dikemudikan serentak oleh TYT Tun Seri Setia iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Malaysia Karate Federation (MAKAF) yang telah membawa pelbagai kejayaan di pelbagai peringkat sehingga la menerima pengiktirafan dunia.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan anugerah Olahragawan Negara 2024 kepada atlet beregu badminton kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Olahragawati Negara 2024 kepada atlet Lawn Bowl kebangsaan, Nur Farah Ain Abdullah.
Manakala anugerah-anugerah lain telah disampaikan YB. Menteri Belia & Sukan Malaysia dan YB. Timbalan Menteri antaranya Anugerah Khas, Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan, Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan, Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan, Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Olahragawati Paralimpik.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Sukan 2024 ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin
Sunday, 11 May 2025
11 Mei 2025
13 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya binti Kamaludin, isteri kepada Allahyarham Datuk Wira Zaidi bin Johari, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka iaitu Encik Amirul Raziq bin Zaidi dan Pasangannya Cik Siti Farhana Aqilah binti Sahrum di D’tempat Country Club,Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Turut hadir YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah binti Tengku Nujumudin, isteri kepada YAB Menteri Luar Negeri Malaysia dan YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim
Sunday, 11 May 2025
10 Mei 2025
12 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim bin Datuk Abdul Latiff iaitu Cik Nur Iman binti Datuk Mohd Asyaharim & Pasangannya Encik Muhammad Arif bin Dato’ Saiful Nizam yang juga merupakan cucu kepada YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1 Malaysia di Mudzaffar Hotel, Melaka.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin; dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Datuk Johari Mohamad di Hospital Melaka
Saturday, 10 May 2025
10 Mei 2025
12 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Johari Mohamad yang sedang dirawat di Hospital Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi semua pesakit di Wad A1 Hospital Melaka serta menyampaikan sumbangan peribadi.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar semua pesakit yang sedang dirawat segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter
Friday, 09 May 2025
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Melaka di Istana Melaka.
Turut hadir Puan Fahizah Binti Ismail, Timbalan Pengerusi PERKEP Melaka, Puan Farah Nadiya Binti Jalaludin, Pengerusi PERKEP IPD Alor Gajah, Puan Dr Noor Azian Binti Md Yusuf, Pengerusi PERKEP IPD Jasin dan Ahli – Ahli Jawatankuasa PERKEP Negeri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Hadir Mendoakan Perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar
Friday, 09 May 2025
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir mendoakan perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar iaitu besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan yang akan menunaikan Ibadah Haji.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin
Friday, 09 May 2025
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Jenazah bagi Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib
Tuesday, 06 May 2025
Innalillahiwainnailaihiroji’un
6 Mei 2025
8 Zulkaedah 1446H
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib, ibu kepada YDH. CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kasim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti