Ceramah Perdana Merdeka Sempena Karnival Mega Jualan Agro Madani Peringkat Negeri Melaka 2023
Tuesday, 05 September 2023
31 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Ceramah Perdana Merdeka Sempena Karnival Mega Jualan Agro Madani Peringkat Negeri Melaka 2023 yang diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Ceramah Perdana Merdeka yang bertajuk “Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat” menampilkan YBhg. Dato’ Badli Shah, Timbalan Mufti Negeri Pahang dan Ustaz Harryanto, Penceramah bebas serta moderator oleh Ustaz Murad Ahmad, Timbalan Pegawai Hal Ehwal JAIM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Hi-Tea Bersama Anak Merdeka Tahun 2023
Tuesday, 05 September 2023
31 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Hi-Tea Bersama Anak Merdeka Tahun 2023 yang diadakan di Mudzaffar Hotel, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya dan YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri.
Seramai 155 anak merdeka yang diraikan pada majlis kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka
Tuesday, 05 September 2023
31 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama ab Rauf bin Yusoh bersama Isteri dan barisan kepimpinan tertinggi Negeri Melaka, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Rakyat Negeri Melaka.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan bertemakan ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat Mingguan Penerangan dan Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 30 August 2023
30 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Jamuan Teh Negeri yang diadakan di Dataran Orang Kampung Merlimau
Wednesday, 30 August 2023
27 Ogos 2023
9 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Jamuan Teh Negeri yang diadakan di Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YDH. Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara; YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2023.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan kepada kepada Anak Yatim, Warga Emas danOrang Kurang Upaya (OKU) serta beramah mesra bersama hadirin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Kedua Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74
Wednesday, 30 August 2023
26 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Kedua Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74.
Ketua Polis Melaka, YDH. DCP Dato’ Zainol bin Samah mendahului senarai penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
YDH. Ketua Polis Melaka menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira manakala YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74
Wednesday, 30 August 2023
25 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74 di Hotel Hatten, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2023.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau
Wednesday, 30 August 2023
25 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka kemudiannya menyampaikan Khutbah Jumaat sekaligus memimpin Solat Jumaat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran
Wednesday, 30 August 2023
24 Ogos 2023
7 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Hari Pahlawan Dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74
Wednesday, 30 August 2023
24 Ogos 2023
7 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74.
Mendahului senarai penerima Ketua Menteri Melaka, YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh yang dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama diikuti oleh Ketua Polis Negara, YDH. IGP Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid yang dianugerahkan Darjah Gemilang Negeri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.
- Published in Arkib Berita, Berita