Kunjungan Hormat dari YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka yang baharu
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Seri Awang Adek, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada TYT Md. Golam Sarwar, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia bersama isteri
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YBrs. Prof. Dr. K.H. Nasaruddin Umar, Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia
28 Julai 2023
10 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBrs. Prof. Dr. K.H. Nasaruddin Umar, Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia bersama delegasi.
TYT Tun Seri Setia juga turut menerima kunjungan Hormat daripada Jawatan Kuasa Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran Kebangsaan (LPPPQ) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ (Dr.) Haji Nooh Bin Gadot, Pengerusi LPPPQ, yang juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohamad Shukri Bin Mohamad, Timbalan Pengerusi LPPPQ, yang juga Dato’ Kaya Perba Mufti Kerajaan Negeri Kelantan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Turut hadir, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka serta Pegawai dari Kementerian Dalam Negeri dan Ahli-Ahli Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).
Seusai sesi kunjungan hormat, TYT Tun Seri Setia bersama-sama para tetamu menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka di Bukit Palah.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
27 Julai 2023
9 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada TYT Francis Ndegwa Muhoro, Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya
26 Julai 2023
8 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Francis Ndegwa Muhoro, Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
26 Julai 2023
8 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, 62 tahun, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Julai 2023.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Perasmian Penutup Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023
23 Julai 2023
5 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 di MITC, Melaka.
Mengiringi TYT Tun Seri Setia YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF). YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Kazakhstan dinobatkan sebagai juara dengan tiga emas, empat perak dan empat gangsa. Jepun pula menduduki tangga kedua selepas berjaya memungut tiga pingat emas, tiga perak dan dua gangsa diikuti Iran dengan tiga emas, dua pingat perak serta tujuh gangsa.
Manakala, Malaysia pula kekal di kedudukan ke-13 sama pada Kejohanan Karate Asia Ke-18 di Tashkent, Uzbekistan pada 2022. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat itu disertai 32 buah negara dan mempertandingkan 17 kategori.
Sebelum Majlis Penutup TYT Tun Seri Setia meluangkan masa menyaksikan pertandingan akhir kategori lelaki senior Kumite antara Kazakhstan dan Iran dan menyempurnakan acara penyampaian hadiah selepas berakhirnya perlawanan akhir itu.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti