Majlis Makan Malam Perpisahan TYT Khalid Ghanim Al Ghaith, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia di Kuala Lumpur
Monday, 07 August 2023
6 Ogos 2023
19 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam Perpisahan TYT Khalid Ghanim Al Ghaith, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia di Kuala Lumpur.
Turut hadir sama antaranya YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kerabat Diraja Pahang; TYT Rashad Farooq Mohamad Saleh Al Shaikh, Duta Bahrain ke Malaysia dan TYT Mohamed Sadiq Attia, Duta Libya ke Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Lawatan ke Galeri Lukisan YBhg. Datuk Ismail Embong, Pelukis Negara di Centre for Malay World and Islamic Civilisation
Monday, 07 August 2023
6 Ogos 2023
19 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Galeri Lukisan YBhg. Datuk Ismail Embong, Pelukis Negara di Centre for Malay World and Islamic Civilisation, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Profesor Dr Ahmad Murad Bin Muhammad Nor, Profesor Institut Antarabangsa Tamadun Islam Dan Alam Melayu (ISTAC-UIA); YBhg. Tan Sri Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff bin Abu Bakar, Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN); YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, Ahli Akademik dan Pakar Sejarah Melayu dan YBhg. Prof Ir Ts Dr Md Yusoff Taib, Ketua Pegawai Operasi, Majlis Profesor Negara serta YBhg. Datuk Ismail Embong, Pelukis Negara.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Munzirin, Kampung Jus, Selandar, Jasin
Monday, 07 August 2023
4 Ogos 2023
17 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Munzirin, Kampung Jus, Selandar, Jasin, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Tuan Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YDH. SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka dan Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Seusai solat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2023
Friday, 04 August 2023
4 Ogos 2023
17 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2023 di Bilik Mesyuarat Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Ab, Ketua Menteri Melaka; YBhg. Tan Sri Idrus Bin Harun, Peguam Negara dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YDH. TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Tahlil dan Selawat Perdana Dunia Melayu Dunia lslam
Friday, 04 August 2023
3 Ogos 2023
16 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Tahlil dan Selawat Perdana Dunia Melayu Dunia lslam yang diadakan di Masjid Sayyidina Abu Bakar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Hadir sama YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohd Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) mewakili Naib Canselor UTeM; YBhg. Profesor Emiratus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI); Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBrs. Dr. Abu Huzaifah bin Dato’ Haji Hashim, Pengarah Program Seminar Peradaban Dunia Melayu Dunia Islam 2023 merangkap Ketua Umum Akademi Perantara serta pelajar-pelajar UTeM.
Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman, Pengarah Pusat Islam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM telah memimpin bacaan Yasin, Tahlil, Zikir serta Doa Munajat Kesejahteraan.
Selanjutnya, majlis kemudiannya diteruskan dengan tausiah khas yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka serta lantunan Qasidah dan Selawat Mahabbah Rasulullah SAW oleh pelajar dari Kolej al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) dan Madrasah Tahfiz AI-Quran Desa Darul Naim Kasih Ar-Rabbaniyyah, Sungai Rambai.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Seminar Peradaban Dunia Melayu Dunia Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka
Friday, 04 August 2023
3 Ogos 2023
16 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Seminar Peradaban Dunia Melayu Dunia Islam di Dewan Kuliah Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka.
Kehadiran TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh
YBhg. Prof Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Mukmi selaku Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohd Sharif, Timbalan Naib Canselor (HEP) UTeM yang mewakili Naib Canselor UTeM.
Majlis dimulakan dengan ucaptama pertama bertajuk “Gagasan Mewarisi Peradaban Melayu” yang disampaikan oleh YBhg. Prof Tan Sri Datuk Wira Dr. Abd Latif bin Abu Bakar, Profesor Warisan & Peradaban Universiti lslam Malaysia merangkap Pengerusi Biro Sosio-Budaya dan Warisan DMDI serta ucaptama kedua bertajuk “Membudayakan Penulisan Bahasa Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi” yang disampaikan oleh YBhg. Prof Dr. Ahmad Zaki bin A. Bakar, Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan UTEM.
Seminar ini diteruskan dengan pembentangan daripada YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff bin Hashim bertajuk “Keagungan Kesultanan Melayu Melaka” dan daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali bertajuk “Hubungan Melaka, Aceh dan Kesultanan Osmaniyah” pada sesi 1.
Pada belah petang diteruskan dengan pembentangan sesi 2 oleh YBhg. Dr. Mohd Hasanudin bin Mohd Yusof bertajuk “Pulau Besar : Pemangkin Syiar Islam Alam Melayu” dan daripada YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Haji Hashim bin Haji Musa bertajuk “Hang Tuah : Ikon Cinta Watan”.
Turut berlangsung acara soal jawab diantara hadirin dan para ilmuwan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat dari YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka yang baharu
Wednesday, 02 August 2023
1 Ogos 2023
14 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka yang baharu bagi menggantikan YDH SAC Datuk Razali bin Abu Samah yang telah bersara wajib pada Jun lalu.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Seri Awang Adek, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Wednesday, 02 August 2023
1 Ogos 2023
14 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Seri Awang Adek, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada TYT Md. Golam Sarwar, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia bersama isteri
Tuesday, 01 August 2023
31 Julai 2023
13 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada TYT Md. Golam Sarwar, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia bersama isteri.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M
Monday, 31 July 2023
28 Julai 2023
10 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M yang berlangsung di Masjid Al-Ghaffar, Jasin.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka dan YB Puan Siti Faizah Binti Abdul Azis, Adun Sungai Rambai serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menyantuni kira-kira 100 orang anak-anak yatim dengan penyampaian sumbangan kepada mereka yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia serta diteruskan dengan Solat Maghrib dan Solat Isyak secara berjemaah disusuli dengan tausiah oleh Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab yang bertajuk “Keutamaan Menyantuni Anak Yatim”.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti