Perjumpaan minum petang bersama YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
26 April 2023
5 Syawal 1444H
YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff mengadakan perjumpaan minum petang bersama TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Eastin Hotel, Pulau Pinang.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak
26 April 2023
5 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor di Sri Mutiara, Pulau Pinang.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hari Raya kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi
25 April 2023
4 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman membuat Kunjungan Hari Raya kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan Tun Jeanne binti Abdullah Danker di kediamannya di Kuala Lumpur.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
25 April 2023
4 Syawal 1444H
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Istana Perlis, Kuala Lumpur.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar
24 April 2023
3 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim di Dewan Alamanda, Jasin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Wira Haji Ibrahim bin Durum
24 April 2023
3 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Wira Haji Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang telah berlangsung di Kompleks Japerun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Jamuan Hari Raya Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka yang diadakan di Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka, Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin
23 April 2023
2 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput yang diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Krubong, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Jamuan Hari Raya Aidilfitri
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka & Barisan EXCO, ADUN, Ahli Parlimen, Senator dan Ex-Officio Negeri Melaka di Istana Melaka.
Setelah itu TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menyambut Hari Raya bersama Kakitangan dan Polis Cawangan Istana Melaka beserta keluarga.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta keluarga menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Turut mencemar duli hadir Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti