Istiadat Pengebumian Negara bagi Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tuesday, 15 April 2025
15 April 2025
16 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Pengebumian Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkesempatan menyampaikan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah serta ahli keluarga Allahyarham.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir hari ini TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang; TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah; YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri Malaysia, mantan Perdana Menteri termasuk menteri-menteri kabinet dan agensi-agensi kerajaan serta ribuan rakyat Malaysia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka
Monday, 14 April 2025
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka.
Hadir sama Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin.
Sejurus tiba TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat gerai-gerai yang telah disediakan oleh kakitangan bomba dari seluruh negeri Melaka serta beramah mesra bersama hadirin dan kemudiaannya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi
Monday, 14 April 2025
Innalillahiwainnailaihiroji’un
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menempatkannya bersama-sama orang yang soleh.
Pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar buat negara. Segala jasa dan sumbangan Allahyarham akan dikenang sepanjang hayat.
Kepada keluarga Allahyarham, saya seisi keluarga mengucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi ketentuan ini.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat dan Penerangan Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka
Monday, 14 April 2025
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat dan penerangan berkenaan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad
Monday, 14 April 2025
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka yang baharu.
Turut hadir YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta PgKB II R Saiful Iswandy bin R Hassan, Timbalan Pengarah Bomba Negeri Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin
Sunday, 13 April 2025
13 April 2025
14 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga merangkap ADUN Pengkalan Batu yang diadakan di Bachang, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YB. Tuminah Kadi @ Mohd Hashim, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil
Sunday, 13 April 2025
13 April 2025
14 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Negeri Melaka bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Melaka (PERKIM) dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Lim Ban Hong, ADUN Klebang.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh
Saturday, 12 April 2025
12 April 2025
13 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri merangkap ADUN Merlimau bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang turut berkenan mencemar duli memeriahkan majlis ini.
Selesai di Merlimau TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka merangkap ADUN Telok Mas di Padang Bola Sepak, Taman Seri Telok Mas serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12 merangkap ADUN Lendu yang diadakan Dewan Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Tahun 2025 yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Saturday, 12 April 2025
12 April 2025
13 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang sempena keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku ke Negeri Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka; YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi Puan Hajah Zalina binti Abu Zahar
Saturday, 12 April 2025
12 April 2025
13 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi Puan Hajah Zalina binti Abu Zahar, besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti