![1-1 Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka](http://www.tytmelaka.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/1-1-420x280_c.jpg)
31 Disember 2024
29 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
Tahun 2024 yang berakhir meninggalkan pelbagai kenangan dan pencapaian manis yang berjaya dilakar Melaka dalam sudut pelancongan.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka yang dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas kejayaan yang telah dikecapi sepanjang 2024. Semoga tahun 2025 lebih banyak kejayaan akan dilakar, selain bumi bertuah ini akan terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YABhg. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
![Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka 3](https://scontent.fkul18-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/471820442_1042225757917750_7399193541047432566_n.jpg?_nc_cat=109&ccb=1-7&_nc_sid=833d8c&_nc_ohc=wrFNQxfT4YMQ7kNvgFyBtRy&_nc_zt=23&_nc_ht=scontent.fkul18-2.fna&_nc_gid=ArB4xXV2VybrV2_G7wX1U0R&oh=00_AYBlITjtYQ3pq7hGdEbm4_iXKRZJmxVp7Jq5FbDdC057vw&oe=6782ABAF)