29 Mac 2024
18 Ramadhan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden DMDI hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Tilawah Al Quran Antarabangsa DMDI & BKRMI Kali Ke 14 Tahun 2024 di Aula Kantor Walikota Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Turut hadir dalam acara ini adalah Yth Bapak H. Ibnu Sina ; Walikota Banjarmasin, YBhg Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Jamil Bin Mukmin ; Naib Pengerusi DMDI, Yth Datuk Said Aldi Al Idrus ; Ketua Umum DMDI Indonesia, YBhg En. Abdul Malik B. Abu Bakar ; Ahli Majlis Eksekutif Jamiyah Singapura, Tuan Azizul Zekri Abd Rahim ; Konsul Malaysia di Pontianak Kalbar, YBhg Datuk Nasir B. Ghani ; Pengerusi DMDI Malaysia, YBhg Datuk Norsabrina Bt Md Noor ; Setiausaha Eksekutif DMDI, YBhg Datuk Joyah Binti Abd Rashid ; Pengerusi DMDI Putrajaya, YBhg Datuk Wira Zainal B. Hussin ; Pengurus Besar Yayasan DMDI, Cik Hazelen Bt Talib ; Setiausaha Agong DMDI, Wakil-Wakil Negara,Negeri & Provinsi DMDI serta masyarakat setempat.
Majlis Tilawah Al Quran DMDI Kali Ke-14 ini diadakan pada 28-31 Mac 2024 bertempat di Studio TVRI Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia di mana seramai 44 orang peserta dari Negara-Negara DMDI menyertainya.
TYT Tun beserta rombongan juga berkesempatan melawat di sekitar Kota Banjarmasin selesai acara perasmian.