
27 Januari 2025
27 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Ceramah Perdana sempena Israk Mikraj yang diadakan di depan Surau Batu Ujong Pasir, Melaka.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alaudin, Timbalan Mufti Negeri Pahang.
Majlis ini dimulakan dengan Maulid Diba’e dan Qasidah oleh Abdul Maleq Bin Abd Kadir, Muhammad Amin Bin Kamsani dan Muhammad Al-Fateh Bin Md Yusoff kemudiaanya diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Negeri Melaka.


