
25 Januari 2025
25 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan Anak YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, ADUN Taboh Naning iaitu Dr. Nuralia Nabiha binti Datuk Zulkiflee & Pasangannya Encik Nizaar Suhairy bin Johari yang diadakan di Villa Istana Melaka, Ayer Keroh, Melaka serta Majlis Perkahwinan Anak Encik Ab. Jalil bin Bakar iaitu Cik Nur Fatihah binti Ab Jalil & Pasangannya Encik Fawzan bin Fazil di Duyong, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Encik Mohd Najib bin Mohamed Sanny iaitu Cik Nur Najihah binti Mohd Najib & Pasangannya Encik Wan Muhammad Syazwan Afiq bin Rosdi di MITC, Melaka serta Majlis Perkahwinan Anak Tuan Haji Arshad bin Latip iaitu Cik Nabilah & Pasangannya Encik Azmi di Gapam, Ayer Keroh, Melaka.




