Majlis Doa Selamat Keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Doa Selamat sempena keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang akan berangkat bagi menunaikan ibadah Haji di Ujong Pasir, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera)
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), World Youth Foundation (WYF) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Melaka sempena Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang berlangsung di Grand Ballroom, Noble Resort Hotel, Melaka.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU kerjasama PERDASAMA dan Universiti Islam Antarabangsa yang telah disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Dusit Princess Hotel, Melaka.
Hadir sama PYT Ms. Lada Pumas, Duta Besar Thailand ke Malaysia dan Mr. Gilles Cretallaz, COO of Dusit International Hotels & Resorts.
Dusit Princess Melaka ialah salah satu rangkaian hotel di bawah Dusit International, iaitu sebuah syarikat hospitaliti multinasional Thailand yang berpusat di Bangkok. Dusit International mempunyai rangkaian 57 buah hotel dan resort serta lebih kurang 240 villa di 18 buah negara.
Dusit Princess Melaka ini telah mula beroperasi 7 Disember 2024 dengan jumlah bilik sebanyak 296 buah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Mengenang Budi Guru Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2
Wednesday, 28 May 2025
28 Mei 2025
30 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Mengenang Budi Guru anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2 yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; Encik Mohd Yusri bin Seman, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Yang Dipertua PIBG SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2.
Majlis turut meraikan guru-guru yang cemerlang dengan penyampaian sijil dan hadiah yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025
Monday, 26 May 2025
26 Mei 2025
28 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Keris Laksamana, Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.
Turut hadir YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim bersama Isteri; YB. Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka; YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan YB. Puan Leng Chau Yen, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
YABhg. Toh Puan turut menyempurnakan penyampaian anugerah kepada 4 ibu yang hebat iaitu Anugerah Ibu Inspirasi, Puan Hajah Zulhijah Binti Hj Abu Zarin; Anugerah Ibu Cekal, Puan Amnah Binti Ibrahim; Anugerah Ibu Usahawan, Puan Faridah Binti Musa; dan Anugerah Ibu Waja, Puan Fairuz Aziha Binti Shamsudin.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Encik Mohamad Rafi bin Shahzada
Monday, 26 May 2025
26 Mei 2025
28 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Mohamad Rafi bin Shahzada, Pengerusi MARA Corporation.
Hadir sama Encik Mohd Zaidi bin Mohd Zain, Pegavwai Khas Pengerusi MARA Corp; Encik Edham Reza Shah bin Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp dan Puan Roza Shahnaz bin ti Omar, Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp.


- Published in Arkib Berita, Berita
Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin
Sunday, 25 May 2025
25 Mei 2025
27 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menyempurnakan perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; YB Timbalan-Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Yang Berhormat Negeri Melaka; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam; YBhg. Prof Adjung Datuk Dr. Mohd Hasbi Bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura Merangkap Pengerusi DMDI Singapura; YBhg. Datuk Haji Said Aldi Al Idrus, Pengerusi DMDI Indonesia; YBrs Al-Hajj Mohammad Fazlul Haque, Pengerusi DMDI Bangladesh; YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohd Tahir, Penasihat Yayasan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah DMDI serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Pusat Tahfiz Yayasan DMDI ini dikendalikan oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang telah menjalankan operasinya sejak awal tahun ini.
Rangkaian Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ini berpusat di Turki dengan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dan 22 cawangan di Malaysia antaranya di Masjid Tanah, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025
Saturday, 24 May 2025
24 Mei 2025
26 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan singgah di reruai-reruai pameran buku antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Institut Terjemahana Buku Malaysia (ITBM); Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA); Negeri Pahang dan lain-lain serta membeli buku-buku yang ditawarkan.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar
Saturday, 24 May 2025
24 Mei 2025
26 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar yang berlangsung daripada 24 Mei hingga 25 Mei 2025 di Hotel Hatten, Melaka.
Turut hadir YB Dato’ Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia; YB Puan Siti Faizah Binti Datuk Abd. Azlo, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan; YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia; YBrs Dr. Ruzita Binti Mustaffa, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka; YBrs Tuan Ts. Sawal Bin Marsait; President Malaysian Society Of Radiographers (MSR) dan YBrs Prof. Madya Dr. Noorazrul Azmie Bin Yanya, Pengerusi Program Malaysian Radiation Therapist Seminar (MRTS) 2025.
TYT Tun Seri Setia berharap semoga seminar selama dua hari ini yang dihadiri oleh pengamal perubatan daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia ini dapat memberi impak yang besar dalam dunia perubatan agar dapat membantu merawat serta mencegah penyakit-penyakit yang dihidapi oleh pesakit.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Langkawi
Friday, 23 May 2025
23 Mei 2025
25 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Ulu Melaka, Langkawi.
Usai selesai menunaikan solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid serta beramah mesra bersama jemaah yang hadir.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti