ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka.

Monday, 23 October 2023 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka.
20 Oktober 2023
5 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka.
Hadir sama YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah dan YB. Tuan Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.

Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, Melaka. 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Malam Cinta Rasul – UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M

Monday, 23 October 2023 by tytmelaka
Majlis Malam Cinta Rasul - UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M
19 Oktober 2023
4 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Cinta Rasul – UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka yang mewakilii YAB Ketua Menteri Melaka; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Datuk Wira (Dr.) Sazali bin Muhd Din, Ketua Pegawai Eksekutif UTeM Holdings Sdn. Bhd.
Majlis dimulakan dengan Solat lsyak berjemaah di dalam dewan kemudiannya diserikan dengan bacaan Fasal Kitab Maulid, Qasidah, Alunan Selawat Mahallul Qiam dan Doa Maulidur Rasul SAW.
Ceramah Perdana Maulidur Rasul SAW telah disampaikan oleh YBrs. Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar.

Majlis Malam Cinta Rasul - UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445H / 2023M 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Anugerah Industri Malaysia (Malaysia Industry Awards – MINDA) 2023 dan Malam Amal anjuran Federation of Malaysian Business Associations (FMBA)

Wednesday, 18 October 2023 by tytmelaka
Majlis Anugerah Industri Malaysia (Malaysia Industry Awards - MINDA) 2023 dan Malam Amal anjuran Federation of Malaysian Business Associations (FMBA)
17 Oktober 2023
2 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Anugerah Industri Malaysia (Malaysia Industry Awards – MINDA) 2023 dan Malam Amal anjuran Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) di Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi; YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; dan Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malek bin Abdullah, Pengerusi FMBA.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian kepada 20 penerima anugerah bagi tahun ini.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
15 Oktober 2023
29 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang berlangsung di Lapang Sasar Terbuka, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka dan YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka. Turut hadir YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Pertandingan yang telah berlangsung selama 2 hari ini telah menyaksikan penyertaan dari jabatan-jabatan Kerajaan, agensi-agensi badan beruniform serta persatuan-persatuan dan individu-individu jemputan.
Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Centre Fire individu dan berkumpulan serta Pepper Popper berkumpulan.
Kpl Mohd Hafiz Bin Abdul Rahman dari PDRM Melaka telah menjadi juara dalam acara Centre Fire individu manakala acara berkumpulan pula telah dimenangi oleh Jabatan Penjara Melaka.
Acara Pepper Popper berkumpulan pula telah dimenangi oleh 10 Briged Para (10 Briged Two) setelah mengalahkan Persatuan Menembak Melaka Baru (1).
Acara Jemputan VIP pula menyaksikan pasukan TYT Tun Seri Setia memenangi kedua-dua acara menembak Centre Fire berkumpulan dan Pepper Popper.

Kejohanan Menembak Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
Majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka
14 Oktober 2023
28 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka; YB.Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Saham Wakaf Masjid Pulau Besar dan penyampaian sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta Asnaf seterusnya menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Majlis Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
perasmian Majlis Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau
14 Oktober 2023
28 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau Daerah Alor Gajah Tahun 1445H/2023M di Masjid Ibnu Sina, Kampung Sungai Jerneh, Lubok China, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Adun Taboh Naning dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Tilawah dan Hafazan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyaksikan Perlawanan Pembukaan antara Malaysia melawan India

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
menyaksikan Perlawanan Pembukaan antara Malaysia melawan India
13 Oktober 2023
27 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan Perlawanan Pembukaan antara Malaysia melawan India sempena Pesta Bola Merdeka Edisi Ke-42 Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan; YB. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan; YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin; Presiden FAM.
Tahniah ke atas seluruh Pasukan Bola Sepak Malaysia yang telah berjaya melakar kemenangan 4 gol berbalas dua seterusnya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023)

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023) 2
13 Oktober 2023
27 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023) di MITC, Melaka.
Ketibaan Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.

mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023)

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia’s Business Excellence Awards

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia's Business Excellence Awards 2
12 Oktober 2023
26 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia’s Business Excellence Awards yang diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB. Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Malaysia.
Majlis ini telah dianjurkan oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL) dan FGBMF Malaysia.

penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia's Business Excellence Awards

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China
10 Oktober 2023
24 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Tuan Syed Farizal bin Syed Mohamad, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai serta warga kerja Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai.

lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36

Recent Posts

  • ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    18 Mei 2025 20 Zulkaedah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP