ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
Majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka
14 Oktober 2023
28 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Masjid Al-Abrar, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka; YB.Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Saham Wakaf Masjid Pulau Besar dan penyampaian sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta Asnaf seterusnya menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Majlis Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
perasmian Majlis Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau
14 Oktober 2023
28 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau Daerah Alor Gajah Tahun 1445H/2023M di Masjid Ibnu Sina, Kampung Sungai Jerneh, Lubok China, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Adun Taboh Naning dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Tilawah dan Hafazan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyaksikan Perlawanan Pembukaan antara Malaysia melawan India

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
menyaksikan Perlawanan Pembukaan antara Malaysia melawan India
13 Oktober 2023
27 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan Perlawanan Pembukaan antara Malaysia melawan India sempena Pesta Bola Merdeka Edisi Ke-42 Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan; YB. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan; YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin; Presiden FAM.
Tahniah ke atas seluruh Pasukan Bola Sepak Malaysia yang telah berjaya melakar kemenangan 4 gol berbalas dua seterusnya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023)

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023) 2
13 Oktober 2023
27 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023) di MITC, Melaka.
Ketibaan Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.

mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023)

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia’s Business Excellence Awards

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia's Business Excellence Awards 2
12 Oktober 2023
26 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia’s Business Excellence Awards yang diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB. Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Malaysia.
Majlis ini telah dianjurkan oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL) dan FGBMF Malaysia.

penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia's Business Excellence Awards

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China
10 Oktober 2023
24 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Tuan Syed Farizal bin Syed Mohamad, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai serta warga kerja Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai.

lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia di Sukan Asia Hangzhou

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
Acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2
6 Oktober 2023
20 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia terdiri daripada Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Yampil merangkul pingat perak pada hari kedua pertandingan karate di Sukan Asia Hangzhou.
Trio negara memperoleh 39.0 mata di belakang pasukan Vietnam yang memenangi pingat emas dengan paparan mata akhir 42.7 mata.

Acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia di Sukan Asia Hangzhou

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pertandingan Karate di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou

Monday, 16 October 2023 by tytmelaka
Pertandingan Karate di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou 2
5 Oktober 2023
19 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan pertandingan Karate acara Kumite Lelaki – 75kg, Kumite Perempuan – 68kg dan Kata Individu di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou sempena Sukan Asia Hangzhou 2022.
Atlet negara Lovelly Anne Robberth merangkul pingat perak dalam acara Kata individu wanita sekaligus membantu melengkapkan sasaran 27 pingat bagi kontigen Malaysia di Sukan Asia kali ini.

Pertandingan Karate di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023)

Tuesday, 03 October 2023 by tytmelaka
Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023)
1 Oktober 2023
15 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan; barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Acara dimulakan dengan terjunan payung terjun oleh 10 orang daripada pelbagai badan beruniform yang membawa plak untuk disampaikan kepada TYT Tun Seri Setia sebagai gimik perasmian karnival.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober ini telah menarik sekurang-kurangnya 45,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjurannya.
Sebanyak 41 helikopter dan pesawat dengan pelbagai saiz telah mengambil bahagian dalam KUAM 2023 dengan tujuh daripadanya adalah daripada badan beruniform, 27 pesawat kecil dari kelab penerbangan, sementara enam paramotor dan satu microlight turut menyertai acara ini.
Turut berlangsung aksi pesawat aerobatik pertama Malaysia, GB1 Gamebird yang dikendalikan oleh Kapten John Sham, bekas juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM).
Untuk makluman, pesawat aerobatik GB1 ini merupakan pesawat pertama seumpamanya yang didaftarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan dan pengiktirafan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Yaqin, Merlimau

Tuesday, 03 October 2023 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Yaqin, Merlimau
29 September 2023
13 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Yaqin, Merlimau, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37

Recent Posts

  • ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

    18 Mei 2025 20 Zulkaedah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP