Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia
Saturday, 29 March 2025
29 Mac 2025
28 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta anakanda dan cucuanda menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi kenalan-kenalan lama sekitar kawasan Bukit Katil, Melaka.






- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit
Saturday, 29 March 2025
29 Mac 2025
28 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan membeli juadah berbuka puasa serta beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.







- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Masjid Al-Muhaimin, Bemban, Jasin, Melaka
Friday, 28 March 2025
28 Mac 2025
27 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Muhaimin, Bemban, Jasin, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama dan YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Majlis diteruskan dengan Solat Jumaat. Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan sumbangan Hari Raya kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.





- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih bersama Ahli-Ahli Korporat
Thursday, 27 March 2025
27 Mac 2025
26 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih bersama Ahli-Ahli Korporat di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih di Istana Melaka, Bukit Beruang
Wednesday, 26 March 2025
26 Mac 2025
25 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin bersama isteri Yang Amat Mulia Che Puan Isteri Anis binti Sobari ; YA. Datuk Seri Mohd Firuz Bin Jaffril, Hakim Mahkamah Tinggi; YBhg. Datuk Wira Ahmad Rusli Joharie, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (2003-2005); YBhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (2005-2008); YBhg. Datuk Wira Haji Yaakub bin Md Amin, Pengerusi Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (RAYSAS) dan YBhg. Datuk Wira Yasin Sarip, Mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sambutan Hari Polis Ke-218 Tahun 2025
Tuesday, 25 March 2025
25 Mac 2025
24 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir di Majlis Iftar Ramadan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka sempena Sambutan Hari Polis Ke-218 Tahun 2025 yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, Bukit Beruang.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka; YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta YDH SAC Ahmad Jefferi bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan penyampaian sumbangan ramadhan kepada anak istimewa PDRM.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak. Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan sumbangan Ramadan kemudiannya moreh bersama warga PDRM Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour
Tuesday, 25 March 2025
25 Mac 2025
24 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour# ”Dunia Berbudi & Penyayang” Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 yang diadakan di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka bersama Anak-Anak Yatim anjuran Syarikat Tahap Puncak, Bukit Katil
Monday, 24 March 2025
24 Mac 2025
23 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka bersama Anak-Anak Yatim anjuran Syarikat Tahap Puncak, Bukit Katil, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada Anak-Anak Yatim sebelum berbuka puasa dan menunaikan Solat Maghrib di Bilik Pameran Proton Tahap Puncak, Bukit Katil.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Surau Al-Islahiah, Bukit Katil serta bermoreh bersama ahli kariah seterusnya menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi ahli keluarga Allahyarham Tuan Muhammad bin Tuan Muda yang tinggal bersebelahan surau.





- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Meluangkan masa bermoreh bersama pengamal media Negeri Melaka di Char Kurt Teow Ketagih, Melaka
Sunday, 23 March 2025
23 Mac 2025
22 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa bermoreh bersama pengamal media Negeri Melaka di Char Kurt Teow Ketagih, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Masjid ‘Ibadur Rahman Tangga Batu Kechil, Melaka
Saturday, 22 March 2025
22 Mac 2025
21 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid ‘Ibadur Rahman Tangga Batu Kechil, Melaka.
Setelah selesai terawih, TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti