Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum
Sunday, 06 April 2025
6 April 2025
5 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB. Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Kuala Linggi yang diadakan di Kompleks Japerun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka
Saturday, 05 April 2025
5 April 2025
4 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri dan isteri YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan lsmail; YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz; YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan isteri YBhg. Datin Ping Bungan.
Majlis ini merupakan kesinambungan tradisi sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang. Bertemakan ‘ Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara’, program ini mengangkat nilai ihsan dan semangat toleransi sebagai asas kepada kesatuan dalam kepelbagaian. Ia turut menjadi wadah untuk meraikan kemajmukan budaya Malaysia dan memperkukuh nilai keharmonian serta kesejahteraan dalam masyarakat.
Hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Negara, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran lebih 60,000 pengunjung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah tradisional, menambah seri dan kemeriahan suasana Syawal pada kali ini.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Melaka kerana telah dipilih menjadi lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia (VM 2026) oleh Kerajaan Persekutuan.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar
Friday, 04 April 2025
4 April 2025
5 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim yang diadakan di Dewan Bendahara, MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri dan YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh
Friday, 04 April 2025
4 April 2025
5 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh, Pernu, Melaka.
TYT Tun Seri Setia diiringi Ustazah Hajah Nuha, Pengerusi Madrasah Darul Aitam berkesempatan melihat bagunan dewan dan tempat belajar untuk anak-anak yatim yang masih dalam proses pembaikan.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia turut singgah melihat proses pembinaan Pondok Turath Ar Rahmah di Solok Gaung Ayer Molek.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia menziarahi kenalan-kenalan lama yang uzur iaitu YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah; dan keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon serta berkesempatan melawat pusara Allahyarham Syamsul Izani bin Ab Manaf.
TYT Tun Seri Setia mendoakan semoga mereka semua dikurniakan kesembuhan dan sihat wal’afiat serta mendapat rahmat Allah SWT.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Wathani, Kampung Bukit Pegoh
Friday, 04 April 2025
4 April 2025
5 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Wathani, Kampung Bukit Pegoh, Telok Mas, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka merangkap ADUN Telok Mas.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin
Tuesday, 01 April 2025
1 April 2025
2 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput yang diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Krubong, Melaka.
Turut hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah Ab. Aziz.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Monday, 31 March 2025
31 Mac 2025
1 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka di Istana Melaka.
Yang hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Negara, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
Usai selesai majlis diteruskan dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, saudara mara serta keluarga kakitangan Pejabat TYT dan Istana Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1446H/2025M di Masjid Al-Azim
Monday, 31 March 2025
31 Mac 2025
1 Syawal 1446H
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILAH ILHAM
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1446H/2025M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.
Turut hadir sama YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka
Sunday, 30 March 2025
30 Mac 2025
29 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Isyak dan Takbir Hari Raya di Surau Istana Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka
Sunday, 30 March 2025
30 Mac 2025
29 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Isyak dan Takbir Hari Raya di Surau Istana Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti