Perasmian Majlis Penyampaian Anugerah Khas Buku Negara 2025
Tuesday, 11 March 2025
24 Februari 2025
25 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Majlis Penyampaian Anugerah Khas Buku Negara 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff bin Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara; YBhg. Tuan Haji Mohd Khair bin Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia; YBhg. Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini; YDH. Komissioner Polis Dato’ Sri Mohd Suhaily bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; YBrs. Encik Mohd Radzi bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan YDH. Komissioner Polis Datuk Rusdi bin Mohd Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia turut melancarkan buku bertajuk Pesan Hulubalang: Membongkar Rahsia Falsafah Kepahlawanan Melayu Generasi Kini serta menyampaikan Anugerah Khas Buku Negara 2025.
Antara anugerah yang dianugerahkan pada tahun ini ialah Anugerah Penulis Dan Editor Terbaik, Anugerah Buku Mewah Terbaik (Sektor Korporat), Anugerah Suntingan Terbaik, Anugerah Khasborneo Book Award Penulis Prolifik (Penulis Negara Borneo), Anugerah Buku Umum Terbaik (Sejarah Dan Budaya), Anugerah Buku Umum Terbaik (Sejarah Dan Budaya), Anugerah Penulis Prolifik (Sektor Keselamatan) dan Anugerah Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen).



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Perlawanan terakhir Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship Musim 2024/2025
Monday, 10 March 2025
TAHNIAH KEPADA MELAKA FC MUNCUL JUARA LIGA A1 SEKALIGUS LAYAK KE LIGA SUPER
22 Februari 2025
22 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan terakhir Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship Musim 2024/2025 antara Melaka FC menentang Machan FC di Stadium Hang Jebat.
Melaka FC telah melengkapkan Liga A1 ini dengan penuh bergaya apabila berjaya mengalahkan lawan dengan jaringan 7 berbalas 2.
Kemenangan ini secara tak langsung melayakkan skuad Melaka FC menempah slot ke Liga Super Musim 2025/2026.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka; Tan Sri Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA); dan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, pemilik Melaka FC.





- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Hotel Ibis Styles Sepang, KLIA, Selangor
Monday, 10 March 2025
21 Februari 2025
22 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Hotel Ibis Styles Sepang, KLIA, Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menyempurnakan Perasmian Hotel Ibis Styles Sepang, KLIA.
Turut berkenan hadir mencemar duli ke majlis ini Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation
Monday, 10 March 2025
20 Februari 2025
21 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Naib Presiden Asian Karate Federation (AKF) dan Ahli EXCO World Karate Federation (WKF) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation yang berlangsung di Dubai, UAE.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mr. Antonio Espinos, Presiden WKF dan Major General Nasser Al-Razooqi, Presiden AKF.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pelancaran Skim Pengantarabangsaan Teknikal UTeM di Ajman University, UAE
Monday, 10 March 2025
18 Februari 2025
19 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyaksikan Pelancaran Skim Pengantarabangsaan Teknikal UTeM di Ajman University, UAE.
Menerusi program kerjasama ini dapat membuka peluang kepada pelajar pengajian untuk melanjutkan sesi pengajian mereka menurut bidang sedia ada yang ditawarkan di UTeM lalu perkara ini mewujudkan scenario berimpak positif untuk kedua-dua pihak.
Jalinan strategik UTeM dan universiti-universiti ternama dari luar negara kian bertambah saban tahun sekaligus meledakkan jenama UTeM sebagai universiti bertaraf dunia yang terus diperakui pencapaian cemerlangnya di peringkat global.
Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Massila Kamalruddin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama delegasi UTeM.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mengadakan lawatan ke SoiLAB (Sharjah Open Innovation Lab).
SoiLAB ditubuhkan bagi mempromosi dan mengkomersialkan idea baharu serta memacu inovasi teknikal dan keusahawanan ke peringkat antarabangsa tertinggi di Sharjah. Ia adalah pusat kepada pelbagai bengkel dan kemudahan yang menggunakan teknologi termaju untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D). SoiLAB terletak secara strategik di tengah-tengah SRTIP di Bandar Universiti Sharjah. Ia dikelilingi oleh institusi pendidikan terkemuka dunia dan Zon Bebas yang dinamik berhampiran dengan lapangan terbang yang terus menarik minat minda dan pelabur yang paling bijak. SoiLAB diletakkan secara ideal untuk menyediakan hab pusat bagi inovasi yang menghubungkan semua pihak berkepentingan di bawah satu bumbung di Sharjah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor
Monday, 10 March 2025
18 Februari 2025
19 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor yang berlangsung di Dubai, UAE.
Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor merupakan sebuah syarikat tertumpu teknologi yang membangunkan dan menyokong penyelesaian termaju dalam membantu menyesuaikan penyelesaian perisian IT dengan cepat dan cekap kepada keperluan perniagaan mereka dan mencipta model paling ekonomik untuk disesuaikan dengan kadar pertumbuhan perniagaan.
Syarikat ini juga melaksanakan penyelesaian berdasarkan trend dan teknologi terkini dalam kejuruteraan perisian seperti Robotics Solutions, Artificial Intelligence Solution, Game & Simulations dan GIS & Enterprise Solutions.
Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor turut bergabung dengan Dubai SME, sebuah badan kerajaan yang matlamat utamanya adalah untuk menguatkuasakan pengetahuan dan pembangunan manusia serta memberi ganjaran kepada usahawan yang luar biasa di seluruh UAE.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mengadakan lawatan ke Rubu’ Qarn Robotic di Sharjah.
Objektif utama penubuhan Rubu’ Qarn adalah untuk Melahirkan Pemimpin dan Inovator termasuk membangunkan serta memodenkan kurikulum, program latihan dan aktiviti inovatif yang menyumbang kepada pembangunan bakat dan kebolehan kanak-kanak, remaja dan belia, dan untuk memastikan pemantauan berterusan di pelbagai peringkat umur.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sesi libat urus bersama Abu Dhabi School of Management
Friday, 07 March 2025
17 Februari 2025
18 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke sesi libat urus bersama Abu Dhabi School of Management.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan UAE Academy.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Museum Of The Future di Dubai
Wednesday, 19 February 2025
16 Februari 2025
17 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Museum Of The Future di Dubai.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan
Wednesday, 19 February 2025
15 Februari 2025
16 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat iaitu Cik Hani Nurbalqis binti Muhammad Hafizuddeain dan Pasangannya Encik Mustaqim bin Hud yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
Turut hadir YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Fauzi Bin Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Darat dan YDH. Dato’ Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua
Wednesday, 19 February 2025
14 Februari 2025
15 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti