ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed

Wednesday, 05 February 2025 by tytmelaka
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed
30 Januari 2025
30 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed, Isteri kepada YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Bukit Peringgit, Melaka.
Majlis turut dihadiri EXCO – EXCO Kerajaan Negeri dan Timbalan EXCO – Timbalan EXCO serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Semoga roh Allahyarhamah Datin dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Aamiin.
 Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 3Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 4Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 5
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina

Wednesday, 05 February 2025 by tytmelaka
Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina
29 Januari 2025
29 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama keluarga meraikan Tahun Baru Cina dengan hadir ke majlis Lion Dance sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025 anjuran YBhg. Datuk Lee Wah Chong di Imperial Heritage Boutique & Gourmet Hotel Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan serta keluarga berkunjung ke Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina YB. Allex Seah Shoo Chin, EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna di Jasin serta ke majlis rumah terbuka YBhg. Datuk Ee Ah Koon di Machap Baru.
Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina 2 Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina 3 Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina 4 Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina 5 Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina 6 Majlis Lion Dance & Jamuan Raya Sambutan Tahun Baru Cina 7
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed

Wednesday, 05 February 2025 by tytmelaka
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed
29 Januari 2025
29 Rejab 1446H
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed yang merupakan isteri kepada YB. Datuk Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Hospital Putra, Melaka.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menunaikan Solat Jenazah di Masjid Umar Al-Khattab dan menyaksikan pengebumian Allahyarhamah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lendu Dalam.
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 6 Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 5 Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 4 Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 3 Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh YDH SAC Datuk Md. Nazri bin Zawawi

Tuesday, 04 February 2025 by tytmelaka
Mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh YDH SAC Datuk Md. Nazri bin Zawawi
28 Januari 2025
28 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh YDH SAC Datuk Md. Nazri bin Zawawi, Pemangku Ketua Polis Melaka.
Mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh YDH SAC Datuk Md. Nazri bin Zawawi 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Ceramah Perdana sempena Israk Mikraj

Tuesday, 04 February 2025 by tytmelaka
27 Januari 2025
27 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Ceramah Perdana sempena Israk Mikraj yang diadakan di depan Surau Batu Ujong Pasir, Melaka.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alaudin, Timbalan Mufti Negeri Pahang.
Majlis ini dimulakan dengan Maulid Diba’e dan Qasidah oleh Abdul Maleq Bin Abd Kadir, Muhammad Amin Bin Kamsani dan Muhammad Al-Fateh Bin Md Yusoff kemudiaanya diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Negeri Melaka.
Ceramah Perdana sempena Israk Mikraj 2 Ceramah Perdana sempena Israk Mikraj 3 Ceramah Perdana sempena Israk Mikraj 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal bin Yahya, Cik Nur Afrina Safa

Tuesday, 04 February 2025 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal bin Yahya, Cik Nur Afrina Safa
25 Januari 2025
25 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal bin Yahya iaitu Cik Nur Afrina Safa binti Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal & Pasangannya Encik Danial Muzaffar bin Dr. Abdul Adzim yang diadakan di Shah Alam, Selangor.
Turut hadir YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6; YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia serta isteri YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali.
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal bin Yahya, Cik Nur Afrina Safa 2 Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal bin Yahya, Cik Nur Afrina Safa 3 Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal bin Yahya, Cik Nur Afrina Safa 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menghadiri Majlis Perkahwinan di sekitar Melaka

Tuesday, 04 February 2025 by tytmelaka
Menghadiri Majlis Perkahwinan di sekitar Melaka
25 Januari 2025
25 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan Anak YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, ADUN Taboh Naning iaitu Dr. Nuralia Nabiha binti Datuk Zulkiflee & Pasangannya Encik Nizaar Suhairy bin Johari yang diadakan di Villa Istana Melaka, Ayer Keroh, Melaka serta Majlis Perkahwinan Anak Encik Ab. Jalil bin Bakar iaitu Cik Nur Fatihah binti Ab Jalil & Pasangannya Encik Fawzan bin Fazil di Duyong, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Encik Mohd Najib bin Mohamed Sanny iaitu Cik Nur Najihah binti Mohd Najib & Pasangannya Encik Wan Muhammad Syazwan Afiq bin Rosdi di MITC, Melaka serta Majlis Perkahwinan Anak Tuan Haji Arshad bin Latip iaitu Cik Nabilah & Pasangannya Encik Azmi di Gapam, Ayer Keroh, Melaka.
Menghadiri Majlis Perkahwinan di sekitar Melaka 2 Menghadiri Majlis Perkahwinan di sekitar Melaka 3 Menghadiri Majlis Perkahwinan di sekitar Melaka 4 Menghadiri Majlis Perkahwinan di sekitar Melaka 5 Menghadiri Majlis Perkahwinan di sekitar Melaka 6
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Hamideen, Kampung Bukit Cina

Tuesday, 04 February 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Hamideen, Kampung Bukit Cina
24 Januari 2025
24 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hamideen, Kampung Bukit Cina, Melaka.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi kenalan lama Mr. M. Tiru di Bukit Beruang, Melaka.
Solat Jumaat di Masjid Al-Hamideen, Kampung Bukit Cina 2 Solat Jumaat di Masjid Al-Hamideen, Kampung Bukit Cina 3 Solat Jumaat di Masjid Al-Hamideen, Kampung Bukit Cina 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang

Tuesday, 04 February 2025 by tytmelaka
23 Januari 2025
23 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang bersama Ahli Jawatankuasa Masjid-Masjid dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang 2 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang 3 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang 4 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Conference Luncheon (Malaysian SME Resilience and Growth Conference with Theme ” Sustainable Transformation : Building Resilient Malaysian SMEs”)

Tuesday, 04 February 2025 by tytmelaka
23 Januari 2025
23 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Conference Luncheon (Malaysian SME Resilience and Growth Conference with Theme ” Sustainable Transformation : Building Resilient Malaysian SMEs”) yang diadakan di Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian anugerah kepada 11 penerima anugerah.
Conference Luncheon (Malaysian SME Resilience and Growth Conference with Theme '' Sustainable Transformation : Building Resilient Malaysian SMEs'') 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP