ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Makan Malam daripada His Excellency Wang Xiangang, Vice Governor of Yunnan Province

Tuesday, 21 January 2025 by tytmelaka
Majlis Makan Malam daripada His Excellency Wang Xiangang, Vice Governor of Yunnan Province
13 Januari 2025
13 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima jemputan Majlis Makan Malam daripada His Excellency Wang Xiangang, Vice Governor of Yunnan Province.
Turut hadir pegawai kanan Kerajaan Provinsi Yunnan iaitu Mr. Shen Qi, Deputy Secretary General, People’s Government of Yunnan Province; Mr. Yang Shaocheng, Director General, Foreign Affairs Office of People’s Government of Yunnan Province; Mr. Jiang Xingming, Deputy Director-General, Agriculture and Rural Affairs Department of Yunnan Province dan Mdm. Liu Lina, Deputy Director-General, Culture and Tourism Department of Yunnan Province.
Majlis Makan Malam daripada His Excellency Wang Xiangang, Vice Governor of Yunnan Province 2
Majlis Makan Malam daripada His Excellency Wang Xiangang, Vice Governor of Yunnan Province 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Pusat Sains Pertanian Yunnan dan Kunming International Flower Auction Trading Center

Tuesday, 21 January 2025 by tytmelaka
Lawatan ke Pusat Sains Pertanian Yunnan dan Kunming International Flower Auction Trading Center
13 Januari 2025
13 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Lawatan ke Pusat Sains Pertanian Yunnan dan Kunming International Flower Auction Trading Center.

Lawatan ke Pusat Sains Pertanian Yunnan dan Kunming International Flower Auction Trading Center 2

Lawatan ke Pusat Sains Pertanian Yunnan dan Kunming International Flower Auction Trading Center 3Lawatan ke Pusat Sains Pertanian Yunnan dan Kunming International Flower Auction Trading Center 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pertemuan bersama Yunnan Zhenghe Studies Association

Tuesday, 14 January 2025 by tytmelaka
Pertemuan bersama Yunnan Zhenghe Studies Association
13 Januari 2025
13 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan satu pertemuan bersama Yunnan Zhenghe Studies Association yang mengkaji sejarah hidup Laksamana Cheng Ho dan pengembaraan beliau ke Melaka iaitu pada tahun 1407, 1411, 1415, 1419, 1422 dan 1433.
Pertemuan bersama Yunnan Zhenghe Studies Association 2
Pertemuan bersama Yunnan Zhenghe Studies Association 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Fengyuan Chemical Listed Ltd, Yunnan Branch

Tuesday, 14 January 2025 by tytmelaka
Lawatan ke Fengyuan Chemical Listed Ltd, Yunnan Branch
11 Januari 2025
11 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Fengyuan Chemical Listed Ltd, Yunnan Branch, sebuah kilang pemprosesan lithium untuk pembuatan rechargeable battery.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan diberikan taklimat berkenaan pengoperasian kilang dan cara penghasilan bateri. Syarikat ini membekalkan bahan lithium untuk pembuatan bateri antaranya untuk syarikat gergasi elektronik LG juga syarikat kereta elektrik BYD.
Lawatan ke Fengyuan Chemical Listed Ltd, Yunnan Branch 2Lawatan ke Fengyuan Chemical Listed Ltd, Yunnan Branch 3Lawatan ke Fengyuan Chemical Listed Ltd, Yunnan Branch 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Jinning District Museum di Kunming, China

Tuesday, 14 January 2025 by tytmelaka
Lawatan ke Jinning District Museum di Kunming, China
11 Januari 2025
11 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. TohPuan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Jinning District Museum di Kunming, China.
Jinning District Museum merupakan salah satu Muzium Negeri dengan kemudahan moden di China. Muzium ini menempatkan lebih 300,000 barangan, termasuk mural, lukisan, tembikar, syiling, serta objek gangsa, emas dan perak.
Muzium moden ini telah dibina antara 1983 dan 2001 dan bangunan besar meniru gaya seni bina Dinasti Tang dengan dewan pusat dua tingkat dan empat dewan ibadat di sekelilingnya.
Lawatan TYT Tun Seri Setia ini adalah untuk melihat sejarah Pelabuhan Melaka dan Perigi Puteri Hang Li Po yang dipamerkan di muzium tersebut
Lawatan ke Jinning District Museum di Kunming, China 2
Lawatan ke Jinning District Museum di Kunming, China 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Berangkat ke Negara China sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou

Tuesday, 14 January 2025 by tytmelaka
Berangkat ke Negara China sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou
10 Januari 2025
10 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. TohPuan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berangkat ke Negara China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou, China.
YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB. Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka menyambut ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan di KLIA 2.
Berangkat ke Negara China sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou 2
Berangkat ke Negara China sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou 3Berangkat ke Negara China sempena Lawatan Rasmi ke Kunming, Sanya dan Haikou 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Norlila binti Sudin

Tuesday, 14 January 2025 by tytmelaka
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Norlila binti Sudin
10 Januari 2025
10 Rejab 1446H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya:Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Norlila binti Sudin iaitu isteri kepada YBhg. Datuk Haji Wahid Bulat yang telah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Tun Razak, Bukit Katil.
Semoga Allahyarhamah diampunkan dosa serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Norlila binti Sudin 2Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Norlila binti Sudin 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV)

Wednesday, 08 January 2025 by tytmelaka
Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV)
6 Januari 2025
6 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV) yang diadakan di UTeM Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka.
Hadir sama YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBrs. Profesor. Dr. Zulkifilie Bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Ghazali Bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Sabri Bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); YBhg. Datuk Ir. Khalilur Rahman Bin Ebrahim, Pengarah Eksekutif System Consultancy Services Sdn. Bhd.; YBhg. Datuk Lau Ah Kew, Pengerusi M Electric Vehicle Berhad (MEVB).
Turut berlangsung pembentangan projek penyelidikan di UTeM oleh YBrs. Profesor Is. Ts. Dr. Ghazali Bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan sesi pertukaran MoU di antara UTeM dan System Consultancy Services (Scs) Sdn. Bhd. yang diwakili oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM dan YBhg. Datuk Ir. Khalilur Rahman, Pengarah Eksekutif System Consultancy Services Sdn. Bhd. serta sesi penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan dua motosikal elektrik kepada Koperasi UTeM & Penyelidik UTeM oleh YBhg. Datuk Lau Ah Kew, Pengerusi M Electric Vehicle Berhad.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi demonstrasi G-Wheel (Kincir Air) dan UTeM Off-road Electrical Vehicle (E-ORV) serta Smart Ai Surveillance and Security System.
Kemudiannya majlis turut meraikan persaraan YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Ghazali Bin Omar, Timbalan Naib Canselor yang telah berkhidmat di UTeM selama lebih 10 tahun.
Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV) 2
Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV) 3
Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV) 4
Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV) 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Sambutan Ketibaan Tengku Ampuan Pahang di Makan Malam Tahunan dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge

Wednesday, 08 January 2025 by tytmelaka
Sambutan Ketibaan Tengku Ampuan Pahang di Makan Malam Tahunan dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge
3 Januari 2025
3 Rejab 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyambut ketibaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan bercemar duli berangkat ke Makan Malam Tahunan Dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames, Melaka.
Selaku penaung Persatuan Cef Melaka, Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah dan medal penghargaan kepada 50 cef.
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya bersama isteri serta Cef Rizwandy bin Perin, Presiden Persatuan Cef Melaka.
Sambutan Ketibaan Tengku Ampuan Pahang di Makan Malam Tahunan dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge 2
Sambutan Ketibaan Tengku Ampuan Pahang di Makan Malam Tahunan dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge 3
Sambutan Ketibaan Tengku Ampuan Pahang di Makan Malam Tahunan dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

TYT TUN SERI SETIA ZIARAH KENALAN LAMA

Tuesday, 07 January 2025 by tytmelaka
TYT TUN SERI SETIA ZIARAH KENALAN LAMA
3 Januari 2025
3 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan menziarahi kenalan-kenalan lama yang uzur iaitu YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka.
TYT Tun Seri Setia mendoakan semoga mereka semua dikurniakan kesembuhan dan sihat wal’afiat serta mendapat rahmat Allah SWT.
TYT TUN SERI SETIA ZIARAH KENALAN LAMA 2
TYT TUN SERI SETIA ZIARAH KENALAN LAMA 3
TYT TUN SERI SETIA ZIARAH KENALAN LAMA 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP