ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Mohamad bin Chekmat

Tuesday, 07 January 2025 by tytmelaka
enghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Mohamad bin Chekmat
‎انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
3 Januari 2025
3 Rejab 1446H
Salam takziah buat ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Haji Mohamad bin Chekmat.
TYT Tun Seri Setia memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Mohamad bin Chekmat di kediamannya di Padang Temu, Melaka.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah, Ayer Molek, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Hadir sama Tn. Hj. Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka; Tn. Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM); Tn. Hj. Zaidan bin Abd. Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, juga Pengerusi Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka (KOGMAS); En. Mustafa Kamal Mohd Nor, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka, dan YBhg. Datuk Harun Abdullah.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan Anak Encik Mohd Hairol bin Ali

Tuesday, 07 January 2025 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan Anak Encik Mohd Hairol bin Ali
29 Disember 2024
27 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Encik Mohd Hairol bin Ali iaitu Encik Muhammad Hariezman bin Mohd Hairol & Pasangannya Cik Norazian binti Abu Samah yang diadakan di MITC, Melaka.
Majlis Perkahwinan Anak Encik Mohd Hairol bin Ali 2
Majlis Perkahwinan Anak Encik Mohd Hairol bin Ali 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Kenduri Tahlil dan Aqiqah serta Maulid di Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari

Tuesday, 07 January 2025 by tytmelaka
Majlis Kenduri Tahlil dan Aqiqah serta Maulid di Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari
28 Disember 2024
26 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Kenduri Tahlil dan Aqiqah serta Maulid di Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari, Jasin, Melaka.

Majlis Kenduri Tahlil dan Aqiqah serta Maulid di Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari 2

Majlis Kenduri Tahlil dan Aqiqah serta Maulid di Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafari 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka

Tuesday, 07 January 2025 by tytmelaka
Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka
31 Disember 2024
29 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
Tahun 2024 yang berakhir meninggalkan pelbagai kenangan dan pencapaian manis yang berjaya dilakar Melaka dalam sudut pelancongan.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka yang dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas kejayaan yang telah dikecapi sepanjang 2024. Semoga tahun 2025 lebih banyak kejayaan akan dilakar, selain bumi bertuah ini akan terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YABhg. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka 2

Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (World Tourism Day 2025) Peringkat Negeri Melaka 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025

Friday, 03 January 2025 by tytmelaka
Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025
30 Disember 2024
28 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman merangkap Canselor Universiti Geomatika Malaysia (UGM) menghadiri Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025 bersama Ahli Lembaga Pengarah UGM dan Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) yang diadakan di Dewan MEHAS UGM Melaka.
Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi bin Mohamad, Presiden Kumpulan Pendidikan Geomatika & Pengerusi Biro Pendidikan DMDI; YBhg. Prof. Datin Nazirah Mohaizi, Timbalan Presiden 1 Kumpulan Pendidikan Geomatika dan YBhg. Datuk Mazrin Rohizaq bin Che Rose, Timbalan Presiden 2 Kumpulan Pendidikan Geomatika.
YABhg. Toh Puan turut berkesempatan menunjukkan bakat menghias kek dalam pertandingan santai sempena program ini.
Pihak universiti turut membuat kejutan sempena genap empat (4) tahun YABhg. Toh Puan sebagai Canselor Universiti Geomatika Malaysia.
Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025 2
Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025 3
Majlis Silaturahim Ambang Sore Tahun Baru 2025 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu

Friday, 03 January 2025 by tytmelaka
Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
29 Disember 2024
27 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Daguk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bersama hampir 50,000 umat islam ke Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu yang berlangsung di Bandar Hilir, Melaka.
Hadir sama YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al- Qadri, Tunku Besar Tampin; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka bersama kepimpinan tertinggi kerajaan Negeri Melaka.
Majlis selawat dan qasidah ini telah diketuai oleh Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Ustaz Zul Ramli.
Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu 2\
Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu 3
Majlis Melaka Berselawat Sempena Menyambut Tahun Baharu 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penutup Kejohanan Liga Bola Sepak & Kejohanan Liga Bola Jaring

Friday, 03 January 2025 by tytmelaka
Majlis Penutup Kejohanan Liga Bola Sepak & Kejohanan Liga Bola Jaring
28 Disember 2024
26 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyaksikan pertandingan akhir antara Tampoi FC menentang MBMB Warriors FC sempena Majlis Penutup Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam “Governor Cup” Edisi Ketiga Tahun 2024 dan Kejohanan Liga Bola Jaring Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman “Toh Puan Cup” Edisi Kedua 2024 yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka.
Turut hadir YB VP Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad selaku Presiden Kelab Bola Sepak Melaka.
Tahniah Pasukan MBMB Warriors FC mencipta kejuaraan sempena Governor Cup Melaka 2024 dan Pasukan Melaka Mystic yang telah dinobatkan sebagai Juara “Toh Puan Cup” 2024.
Majlis Penutup Kejohanan Liga Bola Sepak & Kejohanan Liga Bola Jaring 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam

Friday, 03 January 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam
27 Disember 2024
25 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam, Melaka kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Sebelum pulang daripada masjid TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyantuni sepasang pengantin yang akan diijab kabul di masjid tersebut.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Abd. Salam bin Parayil Moideen di Hospital Pantai serta memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam 2
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam 3
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam 4
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob

Friday, 03 January 2025 by tytmelaka
Menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
25 Disember 2024
23 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman meluangkan hari cuti umum dengan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6.
Menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob 2
Menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara

Friday, 03 January 2025 by tytmelaka
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya yang telah mengorbankan tujuh orang di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
TYT Tun Seri Setia turut bertemu dengan ahli keluarga dan waris mangsa terkorban di Bahagian Forensik Hospital Melaka, serta menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kejadian maut tersebut.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Hospital Melaka disambut oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi mangsa-mangsa kemalangan yang cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa.
Nahas yang melibatkan sebuah bas persiaran, sebuah kenderaan MPV dan dua buah lori ini telah mengorbankan lima sekeluarga dalam sebuah MPV termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun. Manakala, dua lagi mangsa yang maut adalah pemandu bas dan seorang penumpang bas persiaran.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa yang terkorban dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang beriman. Aameen.
Al-Fatihah.
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara 2
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara 3
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP