Lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2
Friday, 06 December 2024
24 November 2024
22 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni mangsa banjir semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2, Melaka yang menempatkan 38 keluarga.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia turut melawat kawasan banjir di Taman Rambai Jaya dan Taman Rambai Utama.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia antara Melaka FC menentang Terengganu FC
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia antara Melaka FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Tahniah kepada pasukan Terengganu FC yang telah menang dengan keputusan 4 berbalas 1 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan S.I. Senin bin Che Mat
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir meraikan Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Pengiring Rapatnya, S.I. Senin bin Che Mat iaitu Cik Shakira Shuhada binti Senin & Pasangannya Encik Khairul Ikhwan bin Roslan di MITC, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka di Red Zone, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta sahabat lama, Ustaz Abdul Khalil bin Abdullah, yang juga mantan Pegawai Seranta Melaka yang kini sedang mendapatkan rawatan di wad D4 (Ortopedik) Hospital Melaka.
YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka dan YBrs. Dr. Sharifah binti Omar, Timbalan Pengarah (Perubatan) telah mengiringi TYT Tun Seri Setia semasa di Hospital Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam, Jln Klebang Kecil, Kampung Pinang Batang Tiga, Tanjung Kling
Friday, 06 December 2024
22 November 2024
20 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam, Jln Klebang Kecil, Kampung Pinang Batang Tiga, Tanjung Kling, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyantuni para jemaah serta menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KEJOHANAN “32ND MAKAF NATIONAL CADET, JUNIOR & U21 KARATE CHAMPIONSHIP 2024”
Friday, 06 December 2024
22 November 2024
20 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian bagi Kejohanan 32nd Malaysia Karate Federation (MAKAF) National Cadet, Junior & U21 Karate Championship 2024 yang diadakan di Dewan Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir mengiringi TYT Tun Seri Setia YB. Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden MAKAF.
Kejohanan yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan disertai oleh lebih 500 peserta daripada 30 pasukan yang akan bertanding dalam 40 kategori.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
PERBENTANGAN CADANGAN PELAN INDUK WAKAF NASIONAL (PIWN) 2025-2030
Tuesday, 03 December 2024
11 November 2024
9 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi Perbentangan Cadangan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025-2030 di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Perbentangan diketuai oleh YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM dan YBhg. Dato Selamat Bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR serta Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Turut hadir Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM; Puan Azura Azreen binti Yusop, Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR; Tuan Haji Hairulamin bin Mohd Sis, Pengurus Baitulmal MAIM, Encik Hanif nin Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR; Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
”DAH SACHUPAK TAK BOLEY SAGANTANG”
Tuesday, 03 December 2024
9 November 2024
7 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyaksikan pementasan Wayang Peranakan Baba Nyonya : ”Dah Sachupak Tak Boley Sagantang 2.0” yang berlangsung di Panggung Bangsawan, Melaka.
Persembahan teater ini dibawakan secara ekslusif oleh Persatuan Peranakan Cina Melaka, ini merupakan wayang peranakan yang julung-julung kali dipentaskan selepas 25 tahun.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KEJOHANAN MENEMBAK PIALA TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
10 November 2024
8 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Kejohanan Menembak Piala TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah dianjurkan oleh PDRM Melaka di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka; YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka.
Pertandingan yang telah berlangsung selama 2 hari ini telah menyaksikan penyertaan dari jabatan-jabatan Kerajaan, agensi-agensi badan beruniform serta persatuan-persatuan dan individu-individu jemputan.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MAJLIS KONVOKESYEN UTEM KE-20
Tuesday, 03 December 2024
9 November 2024
7 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-20 UTeM yang berlangsung di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Rashid bin Haji Mohamed Hussain, Pro Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Majlis Konvokesyen Ke-20 ini akan berlangsung selama 6 sesi bermula 9 November hingga 11 November 2024. Seramai 3459 graduan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma pada Majlis kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti