MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 2024
Tuesday, 05 November 2024
MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 2024 @ SUNGAI MELAKA
26 Oktober 2024
23 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Perasmian Festival Seni Selat Melaka Sempena International Cultural & Arts Festival (ICAF) 2024 @ Sungai Melaka yang berlangsung di Dataran Pengkalan Rama Pantai, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
ICAF 2024 yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 25 hingga 27 Oktober menggabungkan tiga festival utama iaitu Festival Sungai Melaka, Festival Seni Selat Melaka dan International Folklore Arts Festival.
Istimewanya tahun ini, persembahan yang ditampilkan telah menggabungkan beberapa negara dan negeri dalam Malaysia di atas satu pentas yang mempamerkan seni dan budaya Malaysia dari Melaka, Sabah, Sarawak dan Selangor bersama enam buah negara di bawah International Council Of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF) seperti Filipina, Indonesia, Uzbekistan, Thailand dan Korea Selatan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 2024
Tuesday, 05 November 2024
PROGRAM PENGHAYATAN KALAM ILAHI DUN AYER LIMAU 2024
26 Oktober 2024
23 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 2024 yang diadakan di Masjid Raudhatul Solihin, Ayer Limau, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam mewakili YAB Ketua Melaka dan YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan tahniah di atas penganjuran program ini bagi 3 tahun berturut-turut dengan jumlah penyertaan yang kian bertambah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan khutbah dan pertandingan marhaban serta sumbangan kepada murid-murid yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
Tuesday, 05 November 2024
KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
25 Oktober 2024
22 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YAA Tuan Haji Azzeman bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Tuesday, 05 November 2024
KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
24 Oktober 2024
21 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima kunjungan daripada YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni, isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah dan YABhg. Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, isteri kepada YAB Ketua Menteri Sabah serta delegasi di Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA
Tuesday, 05 November 2024
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA
23 Oktober 2024
20 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-267 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-267 ini.
Semua DYMM Sultan telah berkenan mencemar duli menghadiri mesyuarat kali ini termasuk DYMM Raja Perlis, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYAM Pemangku Sultan Johor manakala Negeri Kelantan telah diwakili oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Negeri Pahang diwakili oleh KDPM Tengku Mahkota Pahang.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
Tuesday, 05 November 2024
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
21 Oktober 2024
18 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Makan Malam sempena Piala Agong & Piala Emas Raja-raja Edisi Ke-102 yang diadakan di Istana Melaka.
Hadir sama YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohamed, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
Tuesday, 05 November 2024
PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
18 Oktober 2024
15 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Piala Agong & Piala Emas Raja-raja Edisi Ke-102 yang diadakan di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Hadir sama YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al- Qadri, Tunku Besar Tampin dan YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohamed, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Turut berlangsung perlawanan bolasepak antara Pasukan Selangor menentang Pasukan Pahang yang memyaksikan Pasukan Selangor telah berjaya merebut gelaran juara Piala Agong bagi tahun 2024.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MAJLIS MALAM CINTA RASUL – UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M
Tuesday, 05 November 2024
MAJLIS MALAM CINTA RASUL – UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M
17 Oktober 2024
14 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Cinta Rasul – UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1446H / 2024M yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Majlis dimulakan dengan Solat lsyak berjemaah di dalam dewan kemudiannya diserikan dengan bacaan Qasidah, Alunan Selawat Mahallul Qiam dan Doa Maulidur Rasul SAW.
Majlis diteruskan dengan Tausiyah yang telah disampaikan oleh YBrs. Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar A-Hamid Ustaz Muhammad Hafiz bin Mohd Haneefa dan Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
Tuesday, 05 November 2024
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
17 Oktober 2024
14 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Turut hadir YBrs. Tuan Muhammad Firdaus Bin Shariff, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo
Tuesday, 05 November 2024
10 Oktober 2024
6 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo semasa mengadakan lawatan sempena menghadiri 13th World Junior, Cadet & U21 Championship yang berlangsung di Italy.
Turut hadir Encik Ahmad Fuad Mohd Norzin, Charge d’Affaires a.i / Minister Counselor / Head of Chanchery Kedutaan Malaysia di Italy.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti