ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Pestabola Merdeka

Thursday, 12 September 2024 by tytmelaka
Pestabola Merdeka 2
8 September 2204
4 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Pestabola Merdeka yang menyaksikan Pasukan Malaysia akhiri badi trofi 14 tahun Malaysia muncul juara setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan jaringan tunggal Romel Morales pada minit ke-33 itu menamatkan kemarau kejuaraan negara di pentas antarabangsa yang kali terakhir memenangi Piala Suzuki pada 2010.

Pestabola Merdeka 1

Pestabola Merdeka 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia

Thursday, 12 September 2024 by tytmelaka
kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia 1
8 September 2204
4 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia bersama delegasi di Istana Melaka.

kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia 2

kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka

Thursday, 12 September 2024 by tytmelaka
Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka 1
7 September 2024
3 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2024.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan kepada kepada Anak Yatim, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta beramah mesra bersama hadirin.Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka 2

Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka

Wednesday, 04 September 2024 by tytmelaka
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka 1
3 September 2024
29 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka 2

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Resepsi Fd Idzham dan YAM Tengku Puteri Afzan

Wednesday, 04 September 2024 by tytmelaka
Majlis Resepsi Fd Idzham & YAM Tengku Puteri Afzan 3
31 Ogos 2024
26 Safar 1446H
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DIATAS PERKAHWINAN DIRAJA YANG AMAT MULIA TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH DENGAN PASANGANNYA FD IDZHAM BIN FD ISKANDAR.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Resepsi Fd Idzham & YAM Tengku Puteri Afzan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & Duli Yang Maha Mulia Sultan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli hadir ke majlis.
Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka adinda serta kerabat bergelar.

Majlis turut dihadiri TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor serta YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2Majlis Resepsi Fd Idzham & YAM Tengku Puteri Afzan 2

Majlis Resepsi Fd Idzham & YAM Tengku Puteri Afzan 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka

Wednesday, 04 September 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka 1
31 Ogos 2024
26 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Persiaran Jalan Merdeka (hadapan Mahkota Parade), Banda Hilir, Melaka.
Pada tahun ini, tema Sambutan Hari Kebangsaan iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran yang digabung jalin dengan integrasi sosial dan ekonomi bagi membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.
Kira-kira 6,800 peserta mewakili 135 pasukan yang telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, meliputi wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah seluruh Negeri Melaka termasuk kelab, persatuan dan NGO
Turut menyertai perarakan ialah kenderaan-kenderaan pelbagai agensi antaranya aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Walaupun cuaca hujan pada sebelah pagi sebelum bermulanya majlis, ianya tidak mematahkan semangat peserta perbarisan termasuk rakyat Melaka yang telah hadir ke tapak majlis seawal jam 6.00 pagi, bagi menunjukkan semangat patriotik mereka serta kecintaan kepada Negara demi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 ini.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka 2

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka 3

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3

Wednesday, 28 August 2024 by tytmelaka
istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3 1
26 Ogos 2024
21 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3, Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Tun Seri Setia yang ke-75.

stiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3 2

stiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3 3

stiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75

Wednesday, 28 August 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 1
25 Ogos 2024
20 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 di Alor Gajah, Melaka.

 Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 4

 Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 3

 Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

Wednesday, 28 August 2024 by tytmelaka
Istiadat Penganugerahan Kebesaran Negeri Melaka dan Ucapan TYT Sempena Hari Jadi Ke-75 4
25 Ogos 2024
20 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama dan Kedua Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75.
Dalam ucapan TYT Tun Seri Setia mengambil kesempatan untuk menyembahkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
TYT Tun Seri Setia juga menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kejadian banjir yang berlaku di kawasan Masjid Tanah dan sekitar Alor Gajah baru-baru ini serta mengucapkan syabas dan terima kasih di atas tindakan pantas kerajaan negeri dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas terutamanya urusan perpindahan, penyaluran sumbangan dan bantuan makanan serta terkini urusan pembersihan pasca banjir.
TYT Tun Seri Setia turut memberikan ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua petugas, sukarelawan dan semua pihak yang bertungkus lumus membantu dan menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat serta berharap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan projek-projek rancangan tebatan banjir di kawasan Alor Gajah khasnya dan seluruh Negeri Melaka amnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.
TYT Tun Seri Setia juga amat berharap agar seluruh rakyat Melaka terus berusaha untuk menjaga keharmonian antara kaum supaya Negeri Melaka terus berada dalam keadaan aman damai dan terus maju. TYT Tun Seri Setia juga mengingatkan walaupun rakyat diberi kebebasan bersuara, mereka tidak boleh mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang akan merosakkan rasa muhibbah dan perpaduan sesama rakyat.
Di akhir ucapan TYT Tun Seri Setia menyatakan tahniah dah syabas kepada Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh kerana Negeri Melaka telah menerima seramai 8.7 juta pelancong dan pengunjung bagi tempoh Januari hingga Julai 2024.
TYT Tun Seri Setia juga berharap agar semua kemudahan infrastruktur dan prasarana terutama di kawasan-kawasan daya tarikan pelancong mestilah berada dalam keadaan lengkap dan baik. Begitu juga dari aspek kebersihan, keindahan dan keceriaan di kawasan-kawasan tersebut perlulah sentiasa dijaga dan diurus sebaik mungkin kerana faktor-faktor ini akan mencerminkan imej baik Negeri Melaka.

Istiadat Penganugerahan Kebesaran Negeri Melaka dan Ucapan TYT Sempena Hari Jadi Ke-75 3

Istiadat Penganugerahan Kebesaran Negeri Melaka dan Ucapan TYT Sempena Hari Jadi Ke-75 2

Istiadat Penganugerahan Kebesaran Negeri Melaka dan Ucapan TYT Sempena Hari Jadi Ke-75 1

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75

Wednesday, 28 August 2024 by tytmelaka
Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 1
23 Ogos 2024
18 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 daripada Jabatan-Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Melaka, pihak Korporat dan Persendirian di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan berkesempatan menerima dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir

Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 2

Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 3

Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP