ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.

Wednesday, 28 August 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. 3
23 Ogos 2024
18 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Bersempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75, Khutbah Khas bertajuk “Pemimpin Amanah Takutkan Allah” telah disampaikan oleh Ustaz Ukashah bin Mohammad, Imam RawatibMajid Al-Azim.Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. 1

Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. 2

Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-75

Wednesday, 28 August 2024 by tytmelaka
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-75 di Masjid Selat Melaka1
22 Ogos 2024
17 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Masjid Selat Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB. Datuk Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri dan YBhg. Datuk Badaruddin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Majlis yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Tun Seri Setia yang ke-75 tahun; Hari Pahlawan serta Hari Kemerdekaan Negara ini dimulai dengan bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid Selat, Ustaz Mohd Fedzuwan Mohamed. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak.Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-75 di Masjid Selat Melaka2

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-75 di Masjid Selat Melaka3

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-75 di Masjid Selat Melaka4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan ‘Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka’ di Istana Budaya

Monday, 19 August 2024 by tytmelaka
Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya2
16 Ogos 2024
11 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka Anjuran Istana Budaya & Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
Program ini membawakan persembahan muzik klasikal pop bertemakan patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 serta turut memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024. Persembahan berkonsepkan muzik orkestra oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang menggabungkan elemen nyanyian, lakonan, tari, pencahayaan dan visual dalam bentuk theatrical, transformasi negara dari sebelum mencapai kemerdekaan sehingga kini.
Persembahan berdurasi 1 jam 30 minit ini menyaksikan keunikan hasil garapan pengarah persembahan Mohd Zulfaqar Awaluddin atau mesra dikenali sebagai Belalang dengan mengangkat penceritaan melalui peredaran era muzik sebagai simbolik mencerminkan perjalanan sejarah dan semangat kemerdekaan negara. Setiap segmen akan disokong dengan visual dan pencahayaan selain dari nyanyian, muzik, tari dan lakonan serta terbahagi kepada beberapa segmen yang akan menggambarkan setiap era dan juga mesej yang tertentu bersesuaian mengikut tema.
Turut memperkuatkan lagi jalan cerita persembahan ini adalah pemilihan lagu yang berunsurkan patriotisme dengan gabungan nyanyian suara daripada artis jemputan seperti Liza Hanim, Azlan & Typewriter, Asmidar dan Azizul Haqim serta diselang seli dengan persembahan tarian oleh Artis Tari Istana Budaya (ARTISTANA).

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Kancing Suasa, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Fantasia Bulan Madu, Keroncong Alunan Biola, Bahtera Merdeka, Gemuruh dan Sejahtera Malaysia sambal diiringi 58 pemuzik OSK termasuk pemuzik jemputan yang diketuai Nasran Nawi selaku konduktor persembahan.Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya1

Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya3

Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Program Joging Merdeka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67

Monday, 19 August 2024 by tytmelaka
Program Joging Merdeka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67 Bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Banda Hilir, Melaka 1
17 Ogos 2024
12 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyertai Program Joging Merdeka bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 67 anjuran Persatuan Jogging Negeri Melaka (JPNM) yang diadakan di Hadapan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Program kali ini merupakan anjuran kali kedua PJNM, hampir 1000 peserta telah menyertai program ini yang melibatkan jarak joging sejauh 3.8 kilometer disekitar Bandar Hilir, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut diberikan kejutan sempena bulan kelahiran TYT Tun Seri Setia dengan acara memotong kek. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian hadiah utama bagi cabutan bertuah merupakan sebuah motorsikal.

Program Joging Merdeka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67 Bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Banda Hilir, Melaka 2Program Joging Merdeka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67 Bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Banda Hilir, Melaka 3

Program Joging Merdeka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67 Bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Banda Hilir, Melaka 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Timbalan Perdana Menteri Republik Tatarstan di Istana Melaka.

Monday, 19 August 2024 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Shagiakhmetov Midkhat, Timbalan Perdana Menteri Republik Tatarstan di Istana Melaka.4
16 Ogos 2024
11 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Shagiakhmetov Midkhat, Timbalan Perdana Menteri Republik Tatarstan di Istana Melaka.

Turut hadir Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Pengarah Eksekutif Institut Antarabangsa Polisi Awam & Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya; Mr. Nafigin Albert, Aide To The Rais (Head) Republic Tatarstan; Mr. Alishev Timirkhan; Vice Rector Kazan Federal University; Mr. Belov Aleksandr, Head of Department Public Service & Personnel of The Rais (Head); Mr. Privalov Igor, Director High School of Public Kazan Federal University dan Mr. Gilfanov Artur, Interpreter.Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Shagiakhmetov Midkhat, Timbalan Perdana Menteri Republik Tatarstan di Istana Melaka.2

Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Shagiakhmetov Midkhat, Timbalan Perdana Menteri Republik Tatarstan di Istana Melaka.3

Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Shagiakhmetov Midkhat, Timbalan Perdana Menteri Republik Tatarstan di Istana Melaka.1

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.

Friday, 16 August 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.2
16 Ogos 2024
11 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarhamah Hajah Halimah binti Hamid, 87 tahun yang merupakan ibu kepada Kolonel Ahmad Daud bin Haji Mustapa, Juruiring kepada TYT Tun Seri Setia.
Semoga Allah SWT merahmati Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Solat Jumaat di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.1

Solat Jumaat di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024

Friday, 16 August 2024 by tytmelaka
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024
16 Ogos 2024
11 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara; YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; TKP Rosman bin Norman@Normin, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh, Ahli Lembaga Pengampunan Negeri dan YBhg. Datuk Wong Nai Chee, Ahli Lembaga Pengampunan Negeri.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024 2

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah

Wednesday, 14 August 2024 by tytmelaka
Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah
12 Ogos 2024
7 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah iaitu di PPS Dewan Masjid Ar-Rasyidin, PPS JAPERUN Kuala Linggi, PPS Paya Lebar, PPS Ayer Limau dan PPS Ayer Paabas bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir yang berlaku pada 11 Ogos 2024.
Sehingga jam 12.00 tengah hari ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka melaporkan seramai 419 mangsa banjir melibatkan 123 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir semalam.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa-mangsa banjir termasuk kepada Masjid Ibnu Sina, Kampung Sungai Jernih; Masjid Dahariyah, Kampung Brisu dan Sekolah Agama Kampung Brisu yang teruk terjejas akibat banjir.
TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan melihat kemajuan Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Jernih di Lubok China dan berharap projek ini dapat disegerakan supaya dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan yang terjejas.
Lawatan TYT Tun Seri Setia ini juga turut disertai oleh YB Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Ikin, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 2

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 3

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 4

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 5

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 6

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 7

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM)

Wednesday, 14 August 2024 by tytmelaka
Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM)

10 Ogos 2024
5 Safar 1446H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diadakan di Menara Affin @ TRX, Kuala Lumpur.

Majlis tayangan perdana sempena Jubli Intan MBM bertujuan untuk menelusuri sejarah perjalanan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai badan induk pertubuhan belia yang telah mencapai usia Jubli Intan bermula tahun 23 Julai 1948 sehingga kini serta menghargai, memperingati sumbangan dan perjalanan lebih tujuh dekad MBM yang telah mewarnai sebahagian sejarah negara selain sumber rujukan kepada generasi akan datang.

Turut ditanyangkan sejarah semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan Presiden MBM pada tahun 1988 sehingga 1990 serta bagaimana TYT Tun Seri Setia membawa World Youth Foundation ke Negeri Melaka.

Terima kasih kepada pendokong dan penggerak belia sejak dulu yang tidak pernah jemu memperjuangkan dan memartabatkan belia Malaysia yang semestinya pelbagai ranjau rintangan, pahit dan manis telah dilalui MBM seperti mana yang ternukil dalam sejarah yang telah didokumentarikan MBM hasil dari penceritaan mantan-mantan pimpinan MBM dan sejarah yang dibukukan sebelum ini.

Tahniah juga kepada semua yang telah bertungkus lumus yang telah berjaya menghasilkan sebuah dokumentari panjang berkisar perjalanan institusi pergerakan belia tertua di Malaysia malah di dunia ini.

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) 2

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) 3

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) 4

M

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M

Friday, 09 August 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M
7 Ogos 2024
2 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri dan YBrs. Dr Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
MABIMS ditubuhkan bagi mewujudkan dan mengukuhkan semangat persaudaraan yang sedia ada di kalangan umat islam di asia tenggara. Antara negara yang turut serta dalam program ini Malaysia, Indonesia, Berunai dan Singapore.
Antara objektifnya ialah bagi memperkasa keutuhan jati diri belia Islam untuk menjadi generasi yang kalis masa hadapan, menerapkan kefahaman peri pentingnya belia minda kelas pertama dan gaya kepimpinan Islam ke arah tranfomasi diri, melahirkan pemimpin muda yang mempunyai qudwah hasanah bercirikan al-Qawiyul amin serta membina jaringan kerjasama dan hubungan diplomatik dengan negara-negara anggota MABIMS.
Program yang berlangsung sembilan hari bermula 6 hingga 14 Ogos disertai 40 peserta berpeluang untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan membina jaringan kukuh dengan rakan-rakan dari negara anggota MABIMS serta bakal mencapai objektif dan memberi impak mendalam kepada pembangunan belia Islam di rantau ini.

Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP