ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS

Tuesday, 28 May 2024 by tytmelaka
Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS
25 Mei 2024
16 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri serta 150 peserta program MFLS Tier 3.
MFLS ialah Program Nasional yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin hari ini dan masa depan Malaysia. la telah dilancarkan pada 3 Mei 2019 di Dewan Canselor, Universiti Malaya. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Kecemerlangan dan Pembangunan Kepimpinan (i-LEAD) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini. Tiga agensi utama yang terlibat dalam program MFLS ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pada 1 Januari 2024, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) kini dikenali Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri diamanahkan untuk meneruskan Program Nasional ini yang memasuki tahun ke-enam pelaksanaan.
Program MFLS Tier 3 adalah pelengkap kepada keseluruhan modul MFLS daripada Tier 1 hingga Tier 3 merangkumi elemen kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jati diri, kesukarelawanan, keusahawanan, komunikasi serta pengantarabangsaan.
Program ini juga tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja malah terbuka kepada pelbagai jenis latar belakang masyarakat Malaysia. Semua ini diadunkan menjadi satu modul yang akan mencungkil bakat dan kemahiran peserta secara lebih terperinci.
Hanya 150 orang daripada lebih 20,000 penyertaan yang berjaya hingga MFLS Tier 3. Peserta yang dipilih menyertai program MFLS Tier 3 akan berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang lebih banyak dengan pelbagai pendedahan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS 2

 

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat

Tuesday, 28 May 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat
24 Mei 2024
15 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat, Melaka.
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menziarahi keluarga Allahyarham Saniman Abd Ghafar yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia bersama ahli kariah masjid menjamu selera di Warung Kuih Keria Bang Botek di Sungai Putat.

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat 2

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat 3

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad

Friday, 24 May 2024 by tytmelaka
Penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad
23 Mei 2024
14 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberi penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, 49 tahun yang merupakan ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Cheras, Selangor.

Penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 2

Penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024

Friday, 24 May 2024 by tytmelaka
Menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024
23 Mei 2024
14 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Tahniah kepada Pasukan Malaysia yang berjaya menumpaskan Pasukan Brunei bagi saingan kumpulan C untuk acara Beregu Berkumpulan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan bertemu dengan Pasukan Malaysia serta mengucapkan tahniah atas kemenangan dan kejayaan memenangi gelaran juara dunia bagi acara Regu dan Beregu.

Menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran Kedutaan Republik Islam Iran

Friday, 24 May 2024 by tytmelaka
Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran
23 Mei 2024
14 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran, Ebrahim Raisi di Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut TYT Mr. Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Duta Republik Islam Iran ke Malaysia.

Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran 2

Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia, Kuala Lumpur 2024

Monday, 20 May 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia, Kuala Lumpur 2024
17 Mei 2024
8 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia, Kuala Lumpur 2024 di Kuala Lumpur.
Hadir sama YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia; YBhg. Dato’ Mohd Sumali Reduan, Presiden Sepaktakraw Malaysia; Mr. Bronchi Lohripat, Acting President International Sepaktakraw Federation (ISTAF); YBhg. Dato’ Abdul Halim Bin Kader Setiausaha Agung ISTAF; YBrs. Tuan Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Malaysia.
Kehojanan yang melibatkan hampir 400 atlet dan petugas dari 21 negara ini akan berlangsung bermula daripada 18 Mei dan berakhir pada 26 Mei 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Untuk makluman kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini adalah pada tahun 2011 dan penganjuran kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah sukan sepaktakraw dari segi jumlah negara yang mengambil bahagian.

Majlis Perasmian Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia, Kuala Lumpur 2024 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Monday, 13 May 2024 by tytmelaka
Keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
12 Mei 2024
3 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengiringi keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang telah sudi mencemar duli ke Negeri Melaka.

Keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Monday, 13 May 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
12 Mei 2024
3 Zulkaedah 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Pusat Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka.
Hadir sama YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, YAB Datuk Seri Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri; YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia; YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; dan YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
SPB Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan Anugerah Inspirasi Ibu kepada Pn. Rahamah Mohtar, 61 tahun.
Pusat Keluarga LPPKN ini merupakan pusat keluarga keenam di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan keluarga dan program kesejahteraan wanita, yang dijangka dapat dimanfaatkan oleh lebih 300,000 orang penduduk wanita yang berumur 15 tahun dan ke atas di negeri Melaka.
Sejak Pusat Keluarga LPPKN di Melaka beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2024 lalu, ramai golongan wanita terutamanya kaum ibu di negeri ini telah menerima manfaat menerusi pelbagai program yang disediakan.
LPPKN Negeri Melaka menyasarkan 40,000 wanita termasuk kaum ibu akan menerima manfaat menerusi pelbagai program pemerkasaan golongan itu.

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 2

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 3

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Santapan Malam di Istana Melaka

Monday, 13 May 2024 by tytmelaka
Majlis Santapan Malam di Istana Melaka
DAULAT TUANKU
11 Mei 2024
2 Zulkaedah 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Santapan Malam di Istana Melaka bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.
Majlis Santapan Malam ini adalah bagi menyambut kebarangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong memcemar duli ke Negeri Melaka.
Majlis turut disertai YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah Ab.Aziz, Isteri kepada YAB. Ketua Menteri Melaka, YB. Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan dan isteri; YB Datuk Hajah Kalsom binti Nordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis Santapan Malam di Istana Melaka 2

Majlis Santapan Malam di Istana Melaka 3

Majlis Santapan Malam di Istana Melaka 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Monday, 13 May 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
11 Mei 2024
2 Zulkaedah 1445H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di atas kesudian mencemar duli ke Melaka sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang akan diadakan di Pusat Keluarga, LPPKN, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Mei 2024.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.
Turut menyambut YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah Ab.Aziz, Isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka, YB. Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan; YB Datuk Hajah Kalsom binti Nordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP