ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M

Monday, 13 May 2024 by tytmelaka
Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M
10 Mei 2024
1 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M yang diadakan di Auditorium Al-Azim, Kompleks Al-Azim, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Sebanyak lapan kategori dipertadingkan tahun ini antaranya Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-10 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-20 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan dan Hafazan Al-Quran (1-30 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan.
Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang bagi semua kategori serta semua yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun ini.

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 2

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 3

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 4

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 5

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 6

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 7

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 8

Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2024M 8

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Khalid Al Walid, Ayer Pasir Machap, Durian Tunggal

Monday, 13 May 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Khalid Al Walid, Ayer Pasir Machap, Durian Tunggal
10 Mei 2024
1 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Khalid Al Walid, Ayer Pasir Machap, Durian Tunggal, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.

Solat Jumaat di Masjid Khalid Al Walid, Ayer Pasir Machap, Durian Tunggal 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah 2024

Monday, 13 May 2024 by tytmelaka
Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah 2024
9 Mei 2024
30 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah 2024 yang diadakan di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, Kampung Tanjung Minyak.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Wakil Anak-Anak Tahfiz Negeri Melaka dan sumbangan kepada masjid.

Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah 2024 2

Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Friday, 10 May 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
9 Mei 2024
30 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Agensi- Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 2024.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat gerai-gerai Aidilfitri dan bergambar bersama kakitangan MAIM serta Agensi terlibat.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 2

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024

Thursday, 09 May 2024 by tytmelaka
Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024
8 Mei 2024
29 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat pempamer tempatan dan luar negara antaranya Turkiye, Iran, Korea, Afrika Selatan dan UAE yang mempamerkan kelengkapan ketenteraan dan persenjataan masing-masing seperti helikopter, kereta perisai, sistem radar, roket dan peluru berpandu.
Pameran DSA dan NATSEC yang dihos dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri merupakan pameran Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri yang terbesar di Asia yang mempamerkan teknologi dan sistem ketenteraan serta perkakasan persenjataan yang terkini dan termaju di dunia termasuklah bagi peperangan elektronik.

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 2

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 3

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 5

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 4

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 6

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 7

Lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 8

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerja Raya Melaka

Wednesday, 08 May 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerja Raya Melaka
7 Mei 2024
28 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerja Raya Melaka.
Hadir sama memeriahkan majlis YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam; YB. Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan YBrs. Tuan Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerja Raya Melaka 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1445H/2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Wednesday, 08 May 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1445H/2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
6 Mei 2024
27 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1445H/2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Hadir sama YB. Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkesempatan melawat gerai-gerai yang menyediakan juadah aidilfitri serta menyampaikan sumbangan kepada kakitangan UTeM yang terpilih mengerjakan haji tahun ini.

Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1445H/2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning

Wednesday, 08 May 2024 by tytmelaka
Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning
5 Mei 2024
26 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengetuai Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning yang merupakan Kapal Layar Kayu Tradisional China Terbesar di Dunia di Pelabuhan Tanjung Beruas.
Hadir sama YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan, Seni dan Budaya serta isteri; YB. Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka; YB. Tuminah Kadi @ Mohd Hashim, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna ; YB. Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana dan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Fu Ning yang mempunyai dua tiang layar sepanjang 41.6 meter dan lebar 12 meter dikendalikan sembilan kru merupakan sebuah kapal layar diperbuat daripada kayu, telah memulakan pelayarannya dari Guangzhou, China sejak Januari lalu.
Pelayaran itu diteruskan ke Singapura dan menjadikan Melaka sebagai destinasi ketiganya.

Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning 2

Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning 3

Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning 4

Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning 5

Lawatan Kerajaan Negeri Melaka ke Kapal Layar Fu Ning 6

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari

Wednesday, 08 May 2024 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari
4 Mei 2024
25 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.

Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari 5

Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari 3

Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari 4

Majlis Rumah Terbuka Madani Parlimen Alor Gajah anjuran YB. Tuan Adly Zahari 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh

Wednesday, 08 May 2024 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
4 Mei 2024
25 Syawal 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mencemar duli hadir ke Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.
Ketibaan KDYMM Seri Paduka Baginda yang menaiki kenderaan bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka disambut oleh Ketua Menteri Melaka dan keluarga serta barisan kepimpinan Negeri Melaka.
Seusai majlis TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta Ketua Menteri Melaka mengiringi keberangkatan pulang KDYMM Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam.

Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh 2

Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh 3

Majlis Rumah Terbuka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35

Recent Posts

  • Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

    25 Jun 2025 29 Zulhijah 1446H YABhg. Toh Puan D...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP