Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 anjuran Putra Specialist Hospital
12 Mei 2023
21 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 anjuran Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd.
Turut berlangsung sambutan Hari Jururawat Sedunia. TYT Tun Seri Setia juga mengambil kesempatan meraikan Hari Jururawat yang diraikan pada 12 Mei setiap tahun bersama jururawat Putra Specialist Hospital dengan acara simbolil memotong kek dan menulis ucapan untuk para jururawat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
12 Mei 2023
21 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka bersama Anggota-Anggota Bomba Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Bomba Sedunia.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YAS. Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Agensi Agama Negeri Melaka
12 Mei 2023
21 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Agensi Agama Negeri Melaka yang diadakan di Pusat Islam Melaka, Kampung Bukit Palah, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing
12 Mei 2023
21 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) dan YBhg. Datuk Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan
11 Mei 2023
20 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan dan Operasi), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
10 Mei 2023
19 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat Malaysia di Cambodia sempena Temasya Sukan SEA Cambodia 2023
7 Mei 2023
16 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat Malaysia di Cambodia sempena Temasya Sukan SEA Cambodia 2023 yang diadakan di Phnom Penh, Cambodia.
Turut hadir YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Cambodia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Food Bank DMDI Cambodia dan Pejabat DMDI Kemboja di Phnom Penh, Cambodia
7 Mei 2023
16 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan lawatan ke Food Bank DMDI Cambodia dan Pejabat DMDI Kemboja di Phnom Penh, Cambodia.
Sempena lawatan ini, TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan makanan asas kepada 10 orang asnaf di sana. Hadir sama YB Datuk Dr. Oukhna Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengerusi DMDI Cambodia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin
4 Mei 2023
13 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahnan menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap Adun Pengkalan Batu di Japerun Pengkalan Batu, Taman Bachang Baru, Melaka serta Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap Adun Ayer Molek di Dewan Japerun Ayer Molek, Ayer Molek, Melaka.
Pada sebelah petang YABhg. Toh Puan berkesempatan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Adun Duyong.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin
3 Mei 2023
12 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Adun Taboh Naning di Dewan Japerun Taboh Naning, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti