Majlis Rumah Terbuka Madani YB. Adly Zahari
19 Mei 2023
28 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Madani YB. Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap Adun Serkam.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Jamek Ubaidullah, Jasin, Melaka
19 Mei 2023
28 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Ubaidullah, Jasin, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai-pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
19 Mei 2023
28 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Turut sama hadir YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Jabatan serta kakitangan Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Seri Haji Naim bin Abu Bakar
19 Mei 2023
28 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Seri Haji Naim bin Abu Bakar, Pengerusi UTEM Holdings.
Turut hadir YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Datuk Wira Sazali Muhd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, UTeM Holdings.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Halal Bihalal Santri BKPRMI
18 Mei 2023
27 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memghadiri Majlis Halal Bihalal Santri BKPRMI bersama Yayasan Prabowo Subianto di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia.
Turut hadir Bapak Datuk Seri Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Indonesia; Bapak Heru Budi Hartoni, PJ. Gubernur DKI Jakarta; Bapak Datuk Said Aldi Al-Idrus, Ketua Umum DPP BKPRMI Indonesia; Bapak M. Tryanza Maulana, Ketua Panitia dan Bapak K. H. Nasaruddin Umar, Imam Besar Masjid Istiqlal.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyantuni YBhg. Datuk Haji Hamzah bin Haji Bajuri
Sempena Hari Guru, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni YBhg. Datuk Haji Hamzah bin Haji Bajuri yang merupakan guru TYT Tun Seri Setia semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Semabok pada tahun 1961.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Inspektur Jenderal Polisi Drs. Muhammad Iqbal
17 Mei 2023
26 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Inspektur Jenderal Polisi Drs. Muhammad Iqbal, Kepala Kepolisian Daerah Riau bersama rombongan Kepolisian Daerah (POLDA) Riau, Indonesia.
Turut hadir sama YDH DCP Dato’ Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Raya Perdana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Tahun 2023
16 Mei 2023
25 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Perdana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Tahun 2023.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam; YB. Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna dan YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah JKR Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan singgah gerai ke gerai serta beramah mesra bersama kakitangan JKR Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Pelancaran Buku Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
16 Mei 2023
25 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Majlis Pelancaran Buku Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya; YBrs. Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya dan YBhg. Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn, Dekan Akedemik Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Pada Majlis ini, sebanyak lapan naskah buku telah dilancarkan, iaitu: Bahasa & Identiti Kepimpinan Khaled Nordin Dalam Pendidikan Tinggi Negara, Kajian Teks Ubat-Ubatan Koleksi Universiti Malaya, Gen Z Tanggapan dan Pemikiran Dalam Pengajian Melayu, Konsep dan Genre Kesusasteraan Melayu, Makna Konsep dan Komunikasi, Fonotik dan Fonologi Bahasa Melayu, Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing serta Malay Singing in Pahang Village Identity and Practice.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan mengunjungi Pameran Gobek Api di Muzium Etnografi Melayu, Universiti Malaya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YB. Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia
15 Mei 2023
24 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB. Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.
Turut hadir YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti