Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar
7 Jun 2023
18 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Datuk Seri Haji Naim bin Abu Bakar, Pengerusi UTEM Holdings; YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Datuk Wira Sazali Muhd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, UTeM Holdings.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah
7 Jun 2023
18 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim
6 Jun 2023
17 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Datuk Akramuddin bin Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM); Encik Mohd Rozaimi bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Permiziuman) Jabatan Muzium Malaysia dan Puan Fadhilah binti Mohd Salleh, Pengurus Besar PERZIM serta Drs. Nasrudin bin Rahman, Kurator Bahagian Permuziuman PERZIM.
- Published in Arkib Berita, Berita
Melawat ladang jagung manis Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan PERTAM Services di kampus UTeM, Durian Tunggal
4 Jun 2023
15 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka melawat ladang jagung manis Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan PERTAM Services di kampus UTeM, Durian Tunggal.
Ladang jagung manis seluas 70 ekar ini dibangunkan dengan bantuan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam program Food Security.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Majlis Makan Malam Kutipan Dana bagi Mendirikan Pusat Latihan Karate Negeri Melaka
2 Jun 2023
13 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Kutipan Dana bagi Mendirikan Pusat Latihan Karate Negeri Melaka sempena Perayaan Ulangtahun ke-33 Persatuan Karate-Do Negeri Melaka dan Ulangtahun ke-55 Persatuan Shorin-Ryu Seibukan Negeri Melaka di
Turut hadir YB. Puan Leng Chau Yen, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Bin Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF); YBhg. Datuk Tey Kok Kiew, mantan Adun Bandar Hilir; YBhg. Datuk Vincent Chen, Timbalan Presiden (1) MAKAF; YBhg. Datuk Lau Puan Long, Timbalan Presiden (2) MAKAF.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Dahariyah, Kampung Berisu, Lubok China
2 Jun 2023
13 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Dahariyah, Kampung Berisu, Lubok China, Melaka.
Turut hadir YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Adun Taboh Naning dan Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai-pegawai syarak masjid.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini
1 Jun 2023
12 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka bersama Pengurusan UiTM Cawangan Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat YBhg. Briged Jeneral Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin
1 Jun 2023
12 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Briged Jeneral Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Panglima Markas Briged Pertama Infantri Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Selamat Menyambut Hari Gawai
Saya dan YABhg. Toh Puan serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Sesungguhnya perayaan ini merupakan medan terbaik untuk kita saling mengeratkan hubungan di samping mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kita amat bertuah kerana berpeluang untuk meraikan sambutan perayaan pelbagai etnik bersama-sama tanpa mengira warna kulit mahupun latar belakang masing-masing. Malaysia sememangnya unik dan terkenal sebagai sebuah negara yang beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Pelancaran Buku ‘Dari Bukit Katil Ke Istana Melaka’ : Biografi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
30 Mei 2023
10 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku ‘Dari Bukit Katil Ke Istana Melaka’ : Biografi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di Hotel Casa del Rio Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Buku ‘Dari Bukit Katil Ke Istana Melaka’ ini menceritakan serba ringkas perjalanan kehidupan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dari sebelum sehingga menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-7. Perjalanan kehidupan beliau diabadikan dalam buku yang menggambarkan TYT Tun Seri Setia sebagai seorang yang serba boleh.
Sesungguhnya buku ini telah membuka laluan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang susuk tubuh anak watan yang begitu gigih dan bersemangat waja dalam memaju dan memartabatkan Melaka di mata dunia. Selain itu, buku ini dapat memberi pengajaran dalam menerap nilai kepimpinan, kecekalan, kegigihan dan kewibawaan yang terdapat dalam diri TYT Tun Seri Setia untuk dijadikan pengajaran dan ikutan khususnya kepada para belia hari ini untuk terus maju ke hadapan. Oleh itu, usaha murni penerbitan buku ini wajar diberi pujian kerana ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh masyarakat pelbagai peringkat di Malaysia malah juga masyarakat luar.
TYT Tun Seri Setia juga turut berbesar hati menurunkan tandatangan pada buku berkenaan yang telah diedarkan kepada jemputan-jemputan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti