Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1444H & Solat Isyak
28 Jun 2023
9 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1444H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
28 Jun 2023
9 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 247 tahun Negara Amerika Syarikat
27 Jun 2023
8 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 247 tahun Negara Amerika Syarikat yang diadakan di InterContinental Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian D. McFeeters.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing
26 Jun 2023
7 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Turut hadir YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
- Published in Arkib Berita, Berita
Program Gotong Royong anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
24 Jun 2023
5 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa menyertai Program Gotong Royong anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka turut terlibat sama dalam program ini.
Pelbagai kerja-kerja pembersihan telah berjaya dilakukan dalam program ini antaranya mencatas dahan-dahan pokok yang mati, membersihkan longkang-longkang sekitar dan membuang daun-daun kering serta sampah di sekitar kawasan Taman Seribu Bunga.
Matlamat program ini diadakan bagi memastikan Taman Seribu Bunga didalam keadaan yang baik untuk para-para pengunjung beriadah di sini serta menyahut saranan TYT Tun Seri Setia yang amat mementingkan kebersihan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Datuk Haji Yusof Abu Hassan di atas kehilangan orang tercinta
23 Jun 2023
4 Zulhijjah 1444H
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Datuk Haji Yusof Abu Hassan di atas kehilangan orang tercinta.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan menziarahi Allahyarham dan menunaikan Solat Jenazah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saad Ibni Abi Waqqas Klebang Besar, Melaka.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. Aamiin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YDH. CP Dato Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail
22 Jun 2023
3 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YDH. CP Dato Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman dan YDH. DCP Jalaludin bin Hamid, Ketua Penolong Pengarah E4, Bukit Aman.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Encik Norazman bin Othman
22 Jun 2023
3 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Encik Norazman bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024
20 Jun 2023
1 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnkan Majlis Pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024 sempena Tahun Melawat Melaka 2024 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta Yayasan Bank Rakyat di UTeM Durian Tunggal, Melaka.
Hadir sama YBhg. Tan Sri Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola YPBN; YBrs. Hj Hasan Hamzah, Presiden YPBN; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Khas Buku Negara kepada YBhg Prof. Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, YBhg Datuk Abang Salehuddin bin Abang Shokeran, YBhg Dato’ Haji Mohd Alias bin Hamzah dan Astro Awani (All Asia Broadcast Centre) serta penyampaian 18 Sijil Pelantikan Sebagai Rakan Strategik Ekspo Buku Malaysia 2024.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
20 Jun 2023
1 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada pagi ini.
Hadir bersama YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Tuan Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YB. Tuan Zahari Bin Abd Kalil, Timbalan EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan merangkap Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan YBhg. Datuk Hj Ibrahim bin Hj Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
Sebanyak 14 agensi korporat terlibat masing-masing telah membayar zakat perniagaan mereka bagi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka. Sebanyak RM7,642,949.50 zakat perniagaan telah diterima daripada agensi-agensi korporat hari ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti