Program Lendu Berselawat 2023
19 Jun 2023
30 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Program Lendu Berselawat 2023 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Melaka.
Program malam ini telah berjaya menghimpunkan hampir 12 ribu orang pelajar daripada pelbagai pusat pengajian sekitar Melaka dan Cawangan UiTM seluruh Malaysia sekaligus mencatatkan rekod didalam Malaysia Books of Record.
Hadir sama YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Adun Lendu; Dr. Nur Hayati binti Abd Rahman, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Seminar ‘Kapal Mendam Berahi : Realiti atau Mitos?’
19 Jun 2023
30 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri sekaligus merasmikan Seminar ‘Kapal Mendam Berahi : Realiti atau Mitos?’ anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM).
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka; YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM.
Seminar ini akan berlangsung selama dua (2) hari pada 23 dan 24 Jun menghimpunkan penyelidik-penyelidik, ahli-ahli sejarah dan juga ilmuan dalam satu platform bagi mengetengah dan mengupas hasil kajian, penyelidikan serta dapatan mereka terhadap ‘Kapal Mendam Berahi’.
Seminar ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dibawa oleh Kementerian Perpaduan Negara bertujuan untuk merungkai persoalan terhadap isu-isu yang melibatkan kewujudan, reka bentuk mahupun fungsi Kapal Mendam Berahi ketika era kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka agar dapat diterima oleh para ilmuan dan masyarakat serta dapat dijadikan rujukan kepada generasi masa kini dan akan datang. Secara tidak langsung ianya dapat menyemai dan memupuk serta menyemarakkan semangat perpaduan melalui rasa cinta kepada negara.
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaaan yang mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun, politik yang stabil dan merupakan sebuah pusat perdagangan yang amat penting pada abad ke-15 Masihi. Kerajaan Melaka ini meliputi sebahagian besar semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Utara Sumatera. la juga merupakan sebuah pusat pendidikan dan penyebaran Agama Islam di Nusantara. Kemakmuran dan kemajuan Melaka telah mendorong kepada perkembangan dan kemajuan bidang-bidang lain seperti
pendidikan, perundangan dan sosial masyarakatnya. Turut dikatakan juga, Kerajaan Melaka mempunyai sistem pengangkutan laut yang mantap di mana
ia digarap bagi tujuan keselamatan dan perdagangan. Antara yang menjadi kebanggaan Melaka adalah armada lautnya yang dikatakan serba lengkap dan menjadi benteng keselamatan di Selat Melaka pada ketika itu.
Kapal atau Jong Mendam Berahi yang dipercayai wujud sezaman dengan Laksamana Hang Tuah ini dikatakan sebuah kapal gergasi yang pada waktu itu amat digeruni oleh pihak lawan. la berfungsi untuk menjaga keselamatan perairan Melaka dan juga untuk melaksanakan misi-misi diplomatik ke negara-negara luar seperti perdagangan dan sebagainya. Namun demikian, terdapat khalayak yang mempertikaikan kewujudan kapal ini kerana kurangnya bukti material yang boleh dirujuk.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan anak lelaki YBhg. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
18 Jun 2023
29 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak lelaki YBhg. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim iaitu Tuan Syed Muhammad Ammar Syed Azman & pasangannya Cik Nurul Nadiah Nabilah Mohammad Noor di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Mencemar duli hadir KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor; YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; DYAM Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Turut hadir YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 serta YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Malaysia Kali ke-14 dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat WI di Petaling Jaya
17 Jun 2023
28 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Malaysia Kali ke-14 dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat WI di Petaling Jaya, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Dato’ Hajah Maimunah binti Haji Abd Wahab, Yang Dipertua WI Malaysia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, Isteri TYT Tun Seri Setia merangkap Naib Yang Dipertua WI Malaysia serta hampir 500 ahli pertubuhan tersebut.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan upacara menandatangani plak perasmian bangunan baru serta melawat gerai-gerai jualan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis memperkenalkan Pasukan Le Tour de IPT 2023 (LTdIPT 2023)
16 Jun 2023
27 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis memperkenalkan Pasukan Le Tour de IPT 2023 (LTdIPT 2023) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Turut hadir YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM dan YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Perlumbaan basikal Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 anjuran KPT membabitkan 16 pasukan akan bermula esok. Perlumbaan yang julung kali diadakan itu akan bermula di Kolej Komuniti Segamat, Johor dan berakhir di KPT Putrajaya pada 20 Jun 2023.
Saingan membabitkan empat peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 332.7 kilometer, dengan nilai hadiah keseluruhan RM40,000 menjadi rebutan lebih 100 pelumba. Kejohanan dengan kerjasama UTeM ini disertai pelbagai pasukan IPTA, IPTS di bawah naungan KPT.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Kauthar (Masjid Tua Nyalas), Asahan
16 Jun 2023
27 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Kauthar (Masjid Tua Nyalas), Asahan, Melaka.
Turut hadir YB. Tuan Fairul Nizam Bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan. Setelah selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan dan senaskah Al-Quran kepada warga emas serta pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan ke 10th Agroworld 2023 Expo Melaka
9 Jun 2023
20 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke 10th Agroworld 2023 Expo Melaka yang diadakan di MITC, Melaka.
Expo ini akan berlangsung bermula harini 9 Jun hingga 11 Jun 2023 mempamerkan pelbagai pameran berkaitan pertanian, aquaculture serta mesin-mesin pertanian.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Ar Robbani, Tangga Batu Pekan
9 Jun 2023
20 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar Robbani, Tangga Batu Pekan, Melaka.
Setelah selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan dan senaskah Al-Quran kepada warga emas serta pegawai syarak masjid.
Kemudian TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi sahabat lama Tuan Haji Ramli bin Maarof yang uzur di Tangga Batu.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Razali bin Abu Samah
8 Jun 2023
19 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Razali bin Abu Samah, Timbalan Ketua Polis Melaka yang akan bersara wajib bulan ini.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Hari Raya Sempena Ulang Tahun Ke-30 Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D’Tandoor
7 Jun 2023
18 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Hari Raya Sempena Ulang Tahun Ke-30 Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D’Tandoor di Roti By d’Tandoor, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YBhg. Datuk Abdul Malik bin Abdullah dan Encik Abdul Amir bin Abdul Malik, Pengarah Urusan d’Tandoor Group of Companies.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian D’Tandoor Franchise Appreciation Awardsdan D’Tandoor Staff Appreciation Awards.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti