Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Humanising The Ummah” Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M
13 April 2023
22 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Humanising The Ummah” Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M yang berlansung di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Majlis kali ini telah menghimpunkan seramai lebih 1,500 peserta melibatkan para pelajar,guru-guru, sahabat Al-Quran berserta penglibatan daripada agensi tertentu. World #QuranHour kali ini bertemakan ‘Memanusiakan Ummah’, dan surah Al-Insan menjadi pilihan untuk mencapai impian ke syurga bagi setiap keluarga.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sijil kepada pelajar UPKK yang cemerlang .
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak, Melaka
12 April 2023
21 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YBhg. Mejar Jeneral Rashidin Hashimi Ab Rashid, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) serta hampir 500 orang warga Kem Terendak.
Acara berbuka yang dimulakan dengan TYT Tun Seri Setia memukul beduk menandakan waktu berbuka puasa diteruskan dengan Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Sunat Tarawih.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil Melaka
11 April 2023
20 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan membayar zakat fitrah dan menyampaikan sumbangan kepada jemaah masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye
11 April 2023
20 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) oleh TYT Duta Besar simbolik pembukaan Ambassador Road di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (ALUMNI 4B)
9 April 2023
18 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (ALUMNI 4B) di Masjid Al-Muhaimin, Bemban, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut melafazkan Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Alumni 4B Malaysia seterusnya menyampaikan Hadiah kepada pemenang Tilawah Al-Quran.
Turut berlangsung penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada 100 orang penerima dan sumbangan 10 unit komputer riba kepada pelajar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Tautan Kasih 2023 Penyerahan Bantuan Zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
8 April 2023
17 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Melaka (UNIMEL) hadir ke Majlis Tautan Kasih 2023 Penyerahan Bantuan Zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) anjuran Japerun Kuala Linggi dengan Kerjasama UNIMEL.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Lingg; YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YBhg. Prof. Dr. Abdul Razak bin Ibrahim, Naib Canselor UNIMEL dan YBhg. Pro. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor, Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu, Melaka
7 April 2023
16 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid selepas tamat solat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Iftar Ramadhan PDRM Melaka & Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-216
6 April 2023
15 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Iftar Ramadhan PDRM Melaka & Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-216 yang berlangsung di Surau Al-Majid, Perumahan Polis Seri Temenggong, Bukit Beruang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; dan YDH DCP Dato’ Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil balu dan ibu tunggal PDRM sebelum berbuka puasa.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat pulang setelah tamat lawatan ke Negeri Melaka
6 April 2023
15 Ramadan 1444H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat pulang setelah tamat lawatan ke Negeri Melaka.
Mengiringi SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam Melaka ialah TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta isteri dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
6 April 2023
15 Ramadan 1444H
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel Casa Del Rio pada pagi ini sebelum mengakhiri lawatan selama dua hari ke Negeri Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Pada majlis berkenaan juga, Seri Paduka Baginda turut berkenan bergambar bersama ahli-ahli MAIM serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita