Lawatan ke Kampung Angkat DMDI dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bingkisan Ramadhan
3 April 2023
12 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan Lawatan ke Kampung Angkat DMDI dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bingkisan Ramadhan kepada anak yatim dan kaum Dhuafa di Kampung Angkat DMDI, Medan Indonesia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan ke Vintage Night Market Melaka dan Melaka Grand Bazaar
2 April 2023
11 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan berkunjung ke Vintage Night Market Melaka dan Melaka Grand Bazaar di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Hadir sama YBhg. Datuk Shadan Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Encik Arif Faiz bin Zainudin, Pengurus UTC.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia
31 Mac 2023
9 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 yang diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Istiadat kali ini menyaksikan YAB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi menggantikan YB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan tertinggi Negeri Melaka
29 Mac 2023
7 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan tertinggi Negeri Melaka di Istana Melaka.
Turut hadir, YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta Barisan Exco, ADUN dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka
28 Mac 2023
6 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama Ketua-Ketua Institusi Penjara Melaka.
Antaranya TKP S. Gunasegaran A/L Shammugam, Pengarah Penjara Sungai Udang; PKP Zan Azim Bin Aziz, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas; PKP Talhah bin Hasim, Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad; PKP Mohd Idlan Bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin; PKP Mohd Zaidi bin Alias, Komandan Institut Koreksional Malaysia; PP Shamsul Izak Bin Samli, Komandan Penjara Satelit A’ Famosa dan TPP Abu Sufian bin Mansoor, Timbalan Penguasa Penjara.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
29 Mac 2023
7 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Parlimen Alor Gajah bagi Tahun 2023
28 Mac 2023
6 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Parlimen Alor Gajah bagi Tahun 2023 yang telah diadakan di Masjid An-Naim, Durian Tunggal, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka; YB. Tuan Fairul Nizam Bin Roslan, ADUN Asahan; YB. Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Alor Gajah.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Ihya’ Ramadhan bagi Masjid, Surau, AJK Masjid, Pegawai Syarak dan Penggali Kubur bagi tahun 2023.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pelantikan selaku Ketua Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat (Pertahanan Awam)
TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka telah dilantik selaku Ketua Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat (Pertahanan Awam) pada 20 Mac yang lalu.
Turut hadir YB KPj. Kehormat (PA) Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bagi menyempurnakan Penyerahan Pangkat dan Watikah Angkatan Pertahanan Awam kepada TYT Tun Seri Setia.
Mengiringi YB Menteri ke Majlis tersebut adalah YAS KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM; PPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan; Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Melaka; Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan APM Ibu Pejabat dan APM Negeri Melaka, Pegawai-Pegawai Pertahanan Awam Daerah serta Pegawai-Pegawai Pasukan.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Cerapan Hilal Ramadhan Tahun 1444H/2023 serta Solat Fardhu Maghrib
22 Mac 2023
29 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Cerapan Hilal Ramadhan Tahun 1444H/2023 serta Solat Fardhu Maghrib anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, ADUN Ayer Limau; YB. Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Linggi; YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Fardhu Isyak di Masjid Al-Sultan Abdullah dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Nur Jannatul Bahri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh yang ke-52
21 Mac 2023
28 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Rakyat Bangladesh yang ke-52 yang diadakan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh TYT Md. Golam Sarwar, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia bersama isteri. Turut hadir YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti